,
Laman Utama

Ernie Zakri, Hazama, Liza Aziz Bergabung Untuk Konsert Tribute Sudirman Bersama MPO

Amri Hassan
03/08/2023
12:32 MYT
Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) meneruskan keraian ulang tahun ke-25 pada tahun ini dengan satu konsert penghargaan untuk bintang lagenda tanahair, Sudirman Haji Arshad pada Sabtu, 16 September 2023 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).
Konsert ini merupakan langkah yang bertepatan apabila MPO memberikan penghormatan kepada ikon muzik kesayangan Malaysia pada Hari Malaysia.
Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad mula menempa nama setelah dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1976 dan sejarah bergulir, beliau kemudian berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang penghibur paling berjaya dan dihormati di negara ini.
Antara penganjuran konsert paling berjaya di Malaysia ialah konsert terbuka beliau di Jalan Chow Kit pada tahun 1986 yang menyaksikan kehadiran seramai 100,000 orang.
Diberi jolokan “The Singing Lawyer”, kejayaan terbesar beliau ialah pada tahun 1989 apabila beliau dinobatkan sebagai juara di Salem Asia Music Award di Royal Albert Hall, London.
Sudirman bukan sahaja terkenal menerusi muziknya yang melangkau genre, bangsa dan umur malah kemampuannya dalam menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa seperti Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil menonjolkan lagi versatiliti beliau sebagai seorang penghibur.
Dalam konsert istimewa kali ini, MPO bakal mempersembahkan sebuah program pelbagai tema dan genre.
Lagu-lagu yang bakal dimainkan termasuk alunan tradisional (Joget Kenangan Manis dan Apa Khabar Orang Kampung), balada (Merisik Khabar, Pelangi Petang dan Hujan), ‘Broadway’ (Big Spender dan Memories), lagu-lagu rakyat (Punch Card dan Basikal Tua) dan, sempena Hari Malaysia, lagu-lagu patriotik seperti Warisan dan 31 Ogos. Konsert ini bakal diterajui oleh Ahmad Muriz Che Rose.
Konsert ini menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Liza Aziz (bekas penyanyi latar Sudirman), Hazama, Ernie Zakri dan Arish Mikael. Bakat seni mereka bakal digabungkan dengan alunan muzik indah MPO semestinya menjanjikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri konsert penghargaan istimewa ini sempena ulangtahun ke-25 MPO, hanya di DFP!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ernie Zakri Sakit Perut Sebelum Main Bola Jaring Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara….

gempak
19/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Berita

Sepasang Suami Isteri Tempuh Perjalanan 331km Demi Sambut Hari Malaysia

gempak
17/09/2024
10:25 MYT
Jarak perjalanan sejauh 331 kilometer dari Sandakan ke pusat bandar Kota KInabalu tidak menghalang pasangan suami isteri meraikan sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu malam tadi.
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.