HIBURAN
Ernie Zakri Bersuara! Mahu Boikot Perniagaan Jofliam - “Kitanya Geng Epi Epi Jugek…”
Penyanyi, Ernie Zakri menyuarakan sokongan terhadap kempen boikot yang dilancarkan netizen terhadap usahawan,Jofliam.
Pelantun lagu Ku Bersuara itu menyatakan hasratnya menerusi sebuah hantaran di X selepas Jofliam dikhabarkan memperlekehkan bekas isterinya, Cik Epal kerana menggunakan kaedah Epidural ketika bersalin.
“Nak join sekali lah sebab kitonyo geng epi epi jugek,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Ernie yang mahu memboikot perniagaan usahawan Pizza tersebut.
“Boikot je. Kalini kasi lingkup business dia. Jenis tak tau bersyukur.
“Ku bersuara kak.
“Yes kitanya menyirap sekali. nak kena pelempang je si jofliam ni. mulut puaka betui.
“Kan sama lahhh kakninie. Kiter nak join,” tulis netizen.
Terdahulu, tular beberapa tangkap layar memaparkan perbualan Jofliam bersama seorang individu yang tidak dikenali menerusi Instagram (IG).
Menerusi perbualan tersebut, Jofliam seolah tidak menghargai pengorbanan bekas isterinya, Cik Epal yang telah melahirkan dua anaknya, Han dan Yuki dengan menggunakan kaedah Epidural.
Katanya, bekas isterinya itu tidak melahirkan anak-anaknya dalam keadaan yang menyakitkan seperti orang biasa melahirkan anak.
Sedar akan kesilapan, Jofliam kemudiannya membuat permohonan maaf dan memaklumkan bakal menghadiahkan bunga dan memberi pizza wagyu berbentuk hati secara tambahan untuk setiap pembelian kepada semua ibu mengandung.
Must-Watch Video