gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul, OT7 Jadi Realiti
RANCANGAN
#BigStageAlpha: 16 Tahun Penantian Berbaloi, Ariel Fesol Dinobatkan Sebagai Juara!
HIBURAN
Ucapan Noor Nabila Sempena Hari Bapa Buat Sharnaaz Ahmad Penuh Makna - “Terima Kasih Kerana Tak Pernah Hilang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ernie Zakri Anggap Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Bakal Jadi Sejarah Buat Industri Seni - “Sebab Ini Pertama Kali…”

gempak
Asyikin Mayudin
15/06/2025
07:54 MYT
Sponsor Banner
Ernie Zakri Anggap Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Bakal Jadi Sejarah Buat Industri Seni - “Sebab Ini Pertama Kali…”
Penyanyi Ernie Zakri mengakui Konsert Empat Live In Kuala Lumpur bakal menjadi malam bersejarah peribadi buat dirinya serta industri seni tempatan.
Sebagai salah seorang ahli keluarga yang akan berkongsi pentas bersama dua legenda seni tanah air iaitu Anuar Zain dan Ziana Zain, Ernie memberitahu dia teruja menantikan detik bersejarah itu.
“Saya boleh katakan Empat Live in Kuala Lumpur 2025 akan menjadi malam bersejarah buat saya secara peribadi dan sejarah untuk industri hiburan kerana pertama kali keluarga penyanyi membuat persembahan bersama dalam konsert berskala besar.
“Dan konsert ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan peminat yang sudah membeli tiket kami. Ke mana- mana saya pergi ramai yang kata sudah beli tiket.
“Ini membuat saya terharu dan tidak sabar menerapkan kasih sayang kami kepada semua
kelak,” ujar Ernie.
Suami kepada Ernie iaitu penyanyi Syamel yang akan turut bersama mencipta sejarah di Konsert itu berkata dia mahu menyentuh hati penonton menerusi persembahan yang bakal
dipenuhi dengan cahaya, suara dan jiwa mereka berempat.
“Peminat yang hadir bukan penonton tetapi mereka adalah nadi yang menghidupkan malam penuh bersejarah itu. Kami berempat akan bersama di atas satu pentas bukan sebagai penyanyi tetapi berkongsi kasih sayang, cinta dan roller coaster muzik kami kepada semua.
“Saya mahu peminat mengembara dan bernostalgia dengan pemilihan lagu yang bakal dipersembahkan pada Empat Live in Kuala Lumpur 2025, 18 Oktober 2025 di Mega Star Arena nanti. Besar harapan saya agar persembahan kami menyentuh hati penonton,” kata
Syamel.
Konsert Empat Live In Kuala Lumpur merupakan gabungan Ernie, Syamel dan ibu serta bapa saudara mereka iaitu Anuar Zain serta Ziana Zain.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket konsert ‘Empat Live in Kuala Lumpur’ yang bakal diadakan secara langsung di Mega Star Arena pada 18 Oktober 2025 di www.ticket2u.com.my.
Topic Berkaitan
#Syamel
#Anuar Zain
#Ziana Zain
#Ernie Zakri
#Konsert Empat Live In Kuala Lumpur
Must-Watch Video