HIBURAN
Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
Pengarah Erma Fatima mengakui dia sememangnya akan memilih pelakon yang mempunyai bakat dalam lakonan untuk membintangi karyanya.
Bakat Puteri Balqis
Menurut Erma, Puteri Balqis antara ‘permata’ yang menarik perhatiannya sehingga dia mencipta sebuah naskhah untuk pelakon itu.
“Saya kena tengok dulu orang ini ada bakat ke tak. Kata la, saya nampak bakat dia dan saya boleh terokai, saya akan terokai habis-habisan.
“Contoh Puteri Balqis… dulu dari kecil, umur dia enam tahun saya dah ambil dia. Watak dia sebagai anak dan saya tengok dia ‘isk budak ini macam lain macam dia punya bakat’.
“Jadi saya tulis satu skrip khusus untuk dia… Akulah Balqis. Saya tulis khusus memang saya nak terokai habis-habisan bakat dia,” kongsinya.
Pelakon Wanita Terbaik
Pada perkongsian yang sama, Erma turut memberitahu dia berasa yakin Puteri Balqis layak untuk bertanding dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin.
“Memang karakter itu saya bina untuk saya korek untuk semua bakat dia keluar. Bila Anugerah Skrin, saya nak dia dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik.
“Bukan pelakon kanak-kanak, sebab saya tak rasa dia layak untuk bertanding dengan pelakon kanak-kanak. Dia layak lawan untuk pelakon terbaik,” katanya.
Usaha berbaloi
Erma berkata dia sanggup ‘bergaduh dan bertekak’ dengan stesen TV untuk memastikan Puteri Balqis tercalon dan usahanya berbaloi apabila pelakon itu berjaya memenangi kategori itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti Belajar ‘Law’ Demi Berlakon, Keputusan Erma Fatima Dapat Tentangan Daripada Keluarga - “Kalau Jadi Peguam, Berapa Tahun Lagi Nak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima Kongsi Pengalaman 'Join' Kumpulan Agama - “Ada Budak Perempuan Beritahu Saya Yang Tok Guru Itu Telah….”
“Jadi bergaduh-gaduh, bertekak dengan stesen TV dan akhirnya dia dapat dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik walaupun ketika itu usianya tujuh tahun tak silap saya.
“Dan dia menang untuk kategori itu. Dia pergi ke Anugerah Asian dekat Singapura dan dia menang sekali lagi untuk Pelakon Wanita Terbaik.
“Saya rasa dia ini lahir-lahir dari perut mak dia terus ada bakat. Salah seorang pelakon terbaik la yang saya rasa. Tak semua orang ada bakat macam dia,” katanya.
@dudukdulu.podcast Kak Erma Fatima ceritakan macam mana mulanya karier lakonan Balqis. Video penuh Episod 5 di platform yt 👍🏻 #Podcast #DudukDulu #Fyp #ErmaFatima ♬ Drake style/HIPHOP beat(1491552) - Burning Man
Must-Watch Video