DRAMA
Episod Akhir Slot MegaDrama ‘Dia Imamku’ Tayangan 2 Episod Berturut-Turut
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan luar biasa daripada penonton, drama rating tinggi ‘Dia Imamku’ menerusi slot MegaDrama bakal melabuhkan tirai dengan tayangan dua episod akhir secara berturut-turut.
Episod akhir ini menjanjikan babak dramatik yang lebih intense dan kesan emosi yang mendalam.
Minggu akhir ‘Dia Imamku’ akan disiarkan pada 15 Mei ini, bermula jam 10 malam di Astro Ria. Tayangan dua episod berturut-turut ini diadakan khas buat semua peminat setia drama tersebut.
Untuk dua episod terakhir ini, ayah Humairah memaksa anaknya untuk pulang ke kampung bagi menjaga Budin yang sedang sakit.
Namun, kehidupan Humairah di kampung tidak dianggap istimewa buat Budin dan kehadiran Dahlia di kampung juga menjadi persoalan.
Jadi, adakah pilihan Humairah untuk ikut cakap ayahnya untuk menjaga Budin di kampung? Adakah akan ada perkahwinan perkahwinannya atau Budin tetap dengan keputusannya untuk bercerai dengan Humairah?
Atau Razak akan memastikan hidup Budin dan Humairah akan terus merana? Jadi, apakah pengakhiran mereka?
Jangan terlepas menyaksikan Dia Imamku, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan strim eksklusif di Astro One & #sooka.
Must-Watch Video