,
Laman Utama

EPEX Bakal Gegarkan Ibu Kota Menerusi Konsert Perdana, EPEX 1st Concert (Eight Apex) In Kuala Lumpur

Izwan Isa
29/11/2022
10:50 MYT
Selepas kejayaan menganjurkan konsert-konsert artis tempatan, jenama hiburan terkemuka, Rocketfuel Entertainment membawakan sebuah kumpulan K-Pop yang sedang meningkat naik, EPEX menerusi sebuah konsert EPEX 1st Concert (Eight Apex) In Kuala Lumpur yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Januari 2023.
Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, hal ini sejajar dengan perancangan Rocketfuel Entertainment dalam membawakan artis-artis luar negara bermula pada tahun hadapan.
“Dalam usaha Rocketfuel Entertainment memperkenalkan rangka terbaharunya sejajar dengan tahun kesepuluh penubuhannya, kami telah bawakan hiburan berbentuk fizikal seperti konsert oleh artis-artis dalam dalam negara seperti An Evening with Hael Hussaini, Mimpi Showcase dan terbaharu A Night with Ara Johari. Jadi, langkah seterusnya adalah membawakan artis antarabangsa pula ke negara kita.
“Sebagai permulaan, band K-pop EPEX dipilih menghiasi diari tahun baharu pada 2023. Pemilihan ini dibuat kerana potensi mereka dalam bidang muzik selain dikatakan bakal menjadi ‘the-next-big-thing’ di persada muzik K-Pop,” katanya.
Feros menambah, Rocketfuel Entertainment ingin menjadi peneraju dalam mempersembahkan hiburan dalam bentuk fizikal seperti showcase, mini konsert dan juga konsert berskala besar.
“Rata-rata pengunjung yang hadir pada acara muzik kami sebelum ini menyatakan mereka tidak puas mendengar dan mahu berhibur lagi, jadi kami mengambil langkah berani dengan membawakan artis dari luar negara bagi memenuhi selera pendengar masa kini.
“Selain itu, ini merupakan konsert pertama seumpamanya oleh EPEX dan mereka tidak pernah membuat konsert di mana-mana lokasi bahkan di negara mereka sendiri, dan pastinya acara ini merupakan momen yang wajib ditonton oleh kesemua peminat K-pop terutamanya di Malaysia,” katanya lagi.
EPEX yang dahulunya dikenali sebagai C9ROOKIES terdiri dari lapan anggota iaitu Wish, Keum, MU, A-Min, Baekseung, Ayden, Yewang dan juga Jeff.
Tiket-tiket dijual berharga pada kategori ROCKSTAR (RM488), ROCKZONE (RM388) dan juga CAT 1 (RM288) di laman web www.ticketcharge.com.my.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Akui Terkesan Dengan Pembatalan Konsert, Aisha Retno Kekal Positif - “Orang Diluar Sana Tidak Mahu Tahu Apa Masalah Yang Kita Hadapi”

gempak
11/11/2024
21:55 MYT
Menurut pelantun lagu Samudera itu, situasi yang dihadapinya kini sangat sukar namun dia harus bersikap profesional apabila mahu tampil membuat persembahan.
Hiburan

Kontroversi Konsert Sulung Dibatalkan, Ini Penjelasan Aisha Retno - “Saya Sangat Ragu-Ragu Apabila…”

gempak
10/11/2024
15:25 MYT
Penyanyi Aisha Retno tampil memberi respons mengenai kontroversi pembatalan konsert sulungnya Malam Sutera Live In Concert yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.
Hiburan

Dua Lipa Batal Konsert Di Jakarta Kerana Pentas, Netizen Komen - “Macam Panggung Dangdut”

gempak
09/11/2024
13:55 MYT
Dua Lipa membuat pengumuman mengejutkan kurang 24 jam sebelum konsert yang dijadual berlangsung hari ini di Jakarta, Indonesia, dibatalkan.
Hiburan

Pentas Tak Tepati Piawaian Keselamatan, Dua Lipa Umum Batal Konsert Di Jakarta Sehari Sebelum Berlangsung

gempak
09/11/2024
07:55 MYT
Penyanyi Dua Lipa telah mengumumkan pembatalan konsert jelajah Asia Radical Optimism yang sepatutnya berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Sabtu ini.
Hiburan

"Faktor Kekurangan Jualan Tiket..." - Penganjur Sahkan Konsert Aisha Retno Malam Sutera Dibatalkan

gempak
09/11/2024
01:55 MYT
Menerusi satu hantaran di Instagram, pihak penganjur memaklumkan punca pembatalan konsert berkenaaan adalah atas sebab kekurangan jualan tiket.
Unitar