,
Laman Utama

Engku Emran Jawab Gosip Cinta Dengan Fiza Halim

Amri Hassan
21/10/2023
02:55 MYT
Didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Fiza Halim setelah fotonya bersama gadis yang dipercayai anak aktres itu tersebar dalam media sosial, ahli perniagaan Engku Emran tampil menafikan tuduhan tersebut selain menegaskan berita itu adalah fitnah.
Jelas pemilik nama penuh Engku Emran Engku Zainal Abidin itu, dua remaja yang bergambar bersama dirinya di sebuah rumah itu bukanlah anak Fiza sebaliknya anak kepada sahabatnya.
“Sebenarnya, kawan saya dari Terengganu kahwin dengan orang dari Czechoslovakia, jadi anak mereka kacukan. Bulan puasa mereka datang ke Malaysia dan berbuka puasa di rumah saya, kebetulan isteri dia tak ada hanya ada dua anak dia sahaja.
“Saya ambil gambar dengan kedua-dua anak gadis itu tapi ada komen mengatakan yang saya sedang bercinta dengan pelakon tersebut.
“Daripada situ orang buat cerita, masyarakat kita ini macam mana? Dengan komen itu boleh jadi fitnah, saya betul-betul tak faham apa motifnya,” kata Engku Emran dalam satu audio siar.
Lebih teruk, lelaki berusia 48 tahun itu turut memberitahu bahawa gosip tersebut turut memberi kesan emosi kepada Allahyarham ibunya, Salmah Abu Bakar.
“Masa itu arwah ibu saya masih hidup, dia mesej saya tanya ‘apa lagi ini Emran?’ Saya boleh terima perkara ini tapi tidak mak ayah dan anak.
“Anak saya sudah mencecah umur 14 tahun, sudah boleh membaca. Jadi perkara tersebut agak tidak manis,” ujarnya.
BACA: Malaysia & Indonesia Sudah, Kini Engku Emran Nak Cari Calon Isteri Korea Pula?
BACA: “Bila Masa Saya Bercinta Dengan Engku Emran?” - Fiza Halim
Terdahulu, Engku Emran bercerai dengan kakak kepada selebriti terkenal, Noor Nabila setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.