,
Laman Utama

Enam Buah Kilang Perabot Musnah Dijilat Api Di Sungai Buloh

Awani
20/08/2023
12:30 MYT
Sebanyak enam buah kilang perabot musnah dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku Kampung Baru Sungai Buloh pada Ahad petang.
Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan maklumat kebakaran diterima pada pukul 4.48 petang.
Susulan itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 5 petang.
Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Selayang, Damansara serta Rawang dikejarkan ke lokasi.
"Jentera pertama tiba pada 5 petang. Kebakaran membabitkan enam premis di kilang pembuatan perabot.
"Ketika ini, pemadaman sedang dijalankan oleh pasukan bomba," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kejadian itu tular di media sosial selepas beberapa gambar dan rakaman video yang menunjukkan asap tebal dikongsi orang awam yang berada berhampiran lokasi.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

gempak
07/09/2024
02:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.
Berita

Tesla Batal Rancangan Bina Kilang Di Malaysia, Thailand Dan Indonesia?

gempak
08/08/2024
04:55 MYT
Tesla dilaporkan membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.
Viral

"Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

gempak
16/07/2024
09:33 MYT
“Dia seorang yang ceria dan tak pernah cerita apa-apa masalah,” demikian kata  Mohd Farriza Azmi Abdullah, 28, abang kepada arwah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, hari ini.
Berita

Billboard Terbakar, 9 Pekerja Warga Asing Berjaya Diselamatkan

gempak
31/05/2024
08:00 MYT
Sembilan pekerja asing berjaya diselamatkan apabila papan iklan gergasi terbakar di Lebuhraya Persekutuan.
Berita

Taman Hiburan Terbakar, Ragut 27 Nyawa Di India... Ramai Kanak-Kanak

gempak
26/05/2024
04:55 MYT
Kebakaran di sebuah taman hiburan di Bandar Rajkot, Gujarat sebuah negeri di barat India pada Sabtu meragut 27 nyawa, termasuk ramai kanak-kanak.