,
Berita

Empat Suspek Termasuk Dua Wanita Pecah Rumah Kieda Crepe Direman

Gempak
06/06/2024
06:43 MYT
Empat individu termasuk dua wanita direman enam hari sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah rumah seorang usahawan pencuci mulut pada 25 April lalu.

Usia lingkungan 20 hingga 27 tahun

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun itu ditahan di Jalan Duta, Kuala Lumpur antara jam 9 hingga 10 pagi, Khamis.
Menurutnya, polis turut merampas barangan kemas bernilai RM40,000 dipercayai milik usahawan tersebut.
"Ketika ditahan, kita hanya berjaya merampas barangan kemas bernilai RM40,000 yang mana, kita percaya, suspek telah menjual sebahagian barangan kemas yang telah dicuri.
"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan terhadap empat suspek berkenaan. Mereka akan direman enam hari untuk membantu siasatan.
"Setakat ini, kita belum dapat memastikan hubungan keempat-empat suspek ini, sama ada pasangan kekasih atau suami isteri," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau juga tidak menolak akan ada lagi tangkapan untuk membantu siasatan berhubung kes terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang usahawan mengalami kerugian sehingga RM800,000 apabila rumahnya di Kepala Batas telah dipecah masuk penjenayah pada April lalu.
Perkara itu didedahkan oleh Siti Nur Khalieda Yusra iaitu pemilik Kieda Crepe di beberapa platform media sosial miliknya pada malam Ahad lalu selepas 40 hari kejadian
Dia yang lebih mesra disapa Kieda berkata, kejadian berlaku pada 25 April lalu, antara jam 8 hingga 11 malam.
Katanya, kejadian tersebut disedari mereka ketika pulang ke rumah selepas selesai berniaga di premis mereka
Sumber: SINAR HARIAN

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Pemandu Bas Rakam Video Murid Sekolah Direman Lima Hari

gempak
06/09/2024
05:55 MYT
Pemandu bas dipercayai memuatnaik rakaman video penumpang bas dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau 'crush' dan 'kesayangan', direman lima hari bermula hari ini.
Viral

Dituduh Tak Jaga Isteri Pertama Selepas Keguguran, Abang Tesla Nak Saman Kieda Crepe? - “Jangan Nak Terpaling Suami Awak Seorang…”

gempak
02/09/2024
07:25 MYT
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe mendakwa Abang Tesla tidak menjaga isteri pertamanya iaitu Nurmajdina Jamari ketika sedang berpantang selepas mengalami keguguran.
Laman Utama

Suspek Bunuh Isteri, Anak Direman Tujuh Hari

gempak
20/08/2024
06:00 MYT
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anak perempuannya yang dikelar di leher dan dibuang di dalam longkang di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala, di Alor Setar pada Isnin.
Hiburan

Netizen Dakwa Kongsi Berita Hamil Terlalu Awal Punca Gugur, Kieda Crepe Menangis - “Bukan Saya Minta..."

gempak
15/08/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Kieda Crepe meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen mendakwa dia mengalami keguguran kerana memaklumkan berita kehamilan terlalu awal.
Viral

5 Tahun Menunggu, Kieda Crepe Hamil Anak Ketiga

gempak
08/07/2024
03:55 MYT
Pemilik perniagaan pencuci mulut, Kieda Crepe menzahirkan rasa syukur selepas dia disahkan hamil.