VIRAL
Emosi Sky Masih Belum Stabil, Ridzuan Ridzokumura Cuba Pulihkan Semangat Anak - “Setiap Hari Dia Menangis Ingat Mummy”
Pemergian ibu tercinta sememangnya memberi impak yang besar kepada Sky Taizo Okumura, 13 tahun yang juga anak kepada usahawan Ridzuan Ridzokumura dengan arwah isterinya, Akiko Okumura.
Teringat arwah ibu
Menerusi perkongsian terbaharu Ridzuan berkongsi keadaan emosi anak lelakinya itu yang masih menangis setiap kali teringat Allahyarham ibunya.
“Setiap hari Sky menangis kejap ok kejap ingat mummy menangis lagi. Ya Allah, kuatnya dugaan hidup ini, abang terasa abang seperti burung yang kehilangan sebelah sayap,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, pemilik nama sebenar Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, ini juga akan sentiasa mencuba untuk memberikan kekuatan kepada Sky.
Pulihkan semangat
“Insya-Allah abang cuba kuatkan semangat untuk Sky… doakan kami sekeluarga. Terima kasih kawan-kawan,” ujarnya.
Rata-rata netizen di ruang komen turut sebak melihat keadaan Sky dan mendoakan agar dia diberikan kekuatan.
BERITA TRENDING: "Sedihnya Tengok Sky…" – Momen Sayu Anak Ridzuan Ridzokumura Raih Simpati Warganet
BERITA TRENDING: Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia
BERITA TRENDING: Zarina Zainuddin Ambil Alih Tugas Allahyarhamah Akiko, Sediakan Sahur Buat Sky
Jenazah Akiko Okumura telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Sabtu.
Pemergian mengejut Akiko meninggalkan kesan mendalam kepada suami dan anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura, 13 tahun.
Ridzuan dan arwah isterinya, yang berasal dari Jepun, telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2009. Kini, Ramadan tidak lagi sama tanpa sentuhan kasih dan masakan isteri tercinta.
Must-Watch Video