,
Laman Utama

Emirates Umum Kerugian Selepas Tiga Dekad

Asraf Aided
16/06/2021
11:05 MYT
Syarikat penerbangan terkenal, Emirates mengumunkan kerugian bersih AS$5.5 bilion sepanjang tahun lalu.
Pengumuman itu diuar-uarkan menerusi akaun Twitter rasmi syarikat berkenaan diikuti info yang lebih terperinci di laman web rasmi mereka.
Menurut syarikat tersebut, kerugian yang dialami itu adalah kali pertama selepas tiga dekad ekoran pandemik COVID-19.
"Kumpulan Emirates (The Emirates Group) telah mengumumkan keputusan kewangan 2020-21, ia merupakan tahun yang tidak mendatangkan keuntungan selepas tiga dekad disebabkan impak pandemik COVID-19," tulis kenyataan terbabit.
Disebabkan pandemik COVID-19 juga, pendapatan syarikat Emirates juga menurun sebanyak AS$8.4 bilion disebabkan penangguhan dan sekatan perjalanan global.
Pada 2019, syarikat tersebut memperoleh keuntungan sebanyak AS$288 juta namun jumlah penumpang dan muatan dilaporkan menurun 58 peratus pada 2020.
Awal tahun ini, Emirates telah menghantar jutaan dos vaksin COVID-19 ke seluruh dunia dengan menggunakan kapasiti kargonya yang besar. Foto: Twitter Emirates
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kediaman Anak Amir UK’s Terbakar, Tanggung Kerugian RM200,000 - “Api Merebak Ke Bilik Sebelah Dan Meletup”

gempak
21/05/2024
16:45 MYT
Kediaman dua tingkat milik anak kepada vokalis Amir UK’S, Mohd Aliff Naim Mohd Azmir mengalami kebakaran pada malam Sabtu minggu lalu.
Laman Utama

'Bola Itu Bulat'! Anak Rimau The Movie Banyak Selit Mesej Positif, Inspirasi Untuk Belia Malaysia!

gempak
25/08/2022
08:51 MYT
Love sangat Anak Rimau The Movie ni...
Laman Utama

“Saya Hampir Nak Jual Piano Kesayangan…”- Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan

gempak
15/08/2022
05:02 MYT
Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan
Laman Utama

CEO Megaklinik Zahran Rancang Buka Klinik Percuma Kepada Golongan Miskin & Asnaf

gempak
22/07/2022
01:55 MYT
Klinik penting era pandemik!
Laman Utama

Tak Mahu Membazir, Haiza Enggan Boros Berbelanja - “Keperluan Untuk Terlalu Beria Tu Dah Tiada”

gempak
03/05/2022
07:50 MYT
Haiza berjimat cermat