,
Laman Utama

“Emak Sudah Tidak Kenal Siapa Nurshahila…” - Fauziah Sarman Nafi Menangkan Anak Lain

Asyikin Mayudin
13/10/2023
01:57 MYT
Bukan sahaja seakan-akan perli menantu sendiri, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman turut meluahkan rasa terkilan dengan anak perempuan sulungnya itu.
Tidak melebihkan mana-mana dalam permasalahan yang berlaku namun Fauziah bagaimanapun berkata dia seakan-akan sudah tidak lagi mengenali diri Shila yang sebenar.
"Untuk anakku NURSHAHILA yang telah emak kandung di rahim pinjaman Allah ini selama sembilan bulan, yang telah emak lahirkan, susukan dan besarkan selama ini.
“Emak dah hilang kata-kata. Satu demi satu dugaan menimpa diri mak di usia yang tinggal sisa ini. Sungguh hanya Allah lebih mengetahui segala apa yang terjadi sekarang.
"Jujur, Emak sudah tidak kenal siapa NURSHAHILA lagi. Tulisan ini bukan untuk mengusik nama besar kamu dan bukan juga petanda emak ‘menangkan’ adik-adik.
"Tidak pernah ada sikap melebihkan anak yang mana biar ada yang terlebih terkurang itu ini. Allah tahu kasih sayang seorang ibu itu sama sahaja kepada setiap anak-anaknya biar mereka hebat, kaya, degil, nakal atau sebagainya," katanya.
BACA SINI: “Kita Tiada Beza, Awak Juga Cuci Kaki Masuk Rumah” - Ibu Shila Amzah Perli Menantu
Dalam perkongsian yang sama, Fauziah turut menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya memaksa Shila bekerja sejak usianya kecil.
"Nurshahila memang sudah bernyanyi sejak usia kanak-kanak tapi semua atas rela jiwanya sendiri tiada paksaan. Mungkin, apa yang mak korbankan ke sana sini menemani Nurshahila hanya ‘kewajipan’ emak sebagai ibu.
“Mungkin tiada budi dan pengorbanan emak di situ. Mak bahagia dan bangga melihat kejayaan cita-cita anak yang diinginkan sejak kecil, mungkin segala sukses itu bukan doa dari mak.
"Apakah lupa emak hanyalah seorang isteri yang taat dan menurut apa sahaja yang diatur oleh bapa Nurshahila? Apakah emak yang selama ini mengatur ekonomi keluarga?.
"Hingga duit tu dikatakan habis sampai kita sendiri tak tahu berapa keseluruhan jumlahnya. Kita berdua hanya di hantar ke China untuk bekerja. Tanyalah diri dan kamu tahu siapa yang menghabiskannya," kongsinya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Hiburan

Syada Rindu Shila, Jelas Status Hubungan Keluarga Terkini - "Kami Tak Bercakaran, Tapi…"

gempak
21/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi Syada Amzah tampil memberi respons susulan dia memuat naik sebuah video penghargaan kepada kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah sempena ulang tahun kelahiran Shila baru-baru ini.
Hiburan

Luah Rasa Sayang, Ibu Titip Doa Untuk Shila Amzah Sempena Hari Lahir - “Serta Umur Yang Menjadi Kesempatan Untuk Rajin Beribadah…”

gempak
14/08/2024
08:25 MYT
Perkongsian ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman yang memberi ucapan hari lahir buat penyanyi itu di Instagram pada Selasa menarik perhatian netizen.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.