,
Laman Utama

Elyana Kembali Berlakon, Pilih 'Yang Tahu Je Tahu'!

Amri Hassan
22/12/2023
09:54 MYT
Elyana adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Kemunculan pertamanya dalam drama Dunia Baru suatu ketika dahulu, sememangnya menjadi satu fenomena.

BERITA TRENDING: Ada Kata Elyana Elok M*mp*s, Tak Tahu Bersyukur, Ini Respon Empunya Badan!

Namun, selepas pandemik Covid-19, Elyana mengambil keputusan untuk berehat dari bidang seni dan lebih memfokuskan kepada penjagaan kesihatan dan masa bersama keluarga.
Kini selepas empat tahun berehat, Elyana kembali terbuka untuk berlakon semula, dan kali ini memilih untuk bekerjasama dengan penulis dan pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin bagi drama terbaru Yang Tahu Je Tahu.
"Dalam banyak-banyak production house, tawaran lakonan dari KL Motion adalah yang sukar untuk saya tolak kerana, saya sangat suka dengan hasil kerja pengarahnya sendiri, iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin," katanya.
Drama 'Yang Tahu Je Tahu' adalah berkisarkan tentang penyiasatan Inspektor Jah, watak lakonan Elyana dalam merungkai kejadian cubaan bunuh diri oleh Borhan yang berusia 17 tahun. Tanpa di ketahui perkara itu hanyalah satu helah bagi menutup sebuah jenayah yang dilakukan oleh rakan-rakannya.
Namun, dek kerana kekurangan bukti, pihak polis menghadapi kesukaran bagi mencari siapa dalang si sebalik jenayah ini. Ditambah pula dengan janji setia penjenayah, biar apa pun yang terjadi, tidak akan menyerahkan nama satu sama lain.

BERITA TRENDING: “Jadi Diriku”- Elyana Kembali Tak Bertudung?

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Idan Aedan, Wafiy Aan, Rashidi Ishak, Hawa Rizwana, Idzham Ismail, Amyza Aznan, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi. 'Yang Tahu Je Tahu' bakal ditayangkan pada 22 Disember 2023, 8.30 malam di saluran Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.