,
Hiburan

Elvis Presley Hidup Semula, Bakal Jayakan Konsert Dengan Teknik AI

Maliah Surip
04/01/2024
15:55 MYT
Kecerdasan Buatan (AI) nampaknya ikut menjadi salah satu budaya dalam industri seni dunia apabila banyak karyawan menggunapakai teknik tersebut untuk hiburan.
Terkini, legenda yang terkenal dengan gelaran King of Rock and Roll, Elvis Presley akan ‘dihidupkan semula’ dengan kecanggihan teknik AI.

BERITA TRENDING: Melly Goeslaw Hidupkan Allahyarham Nike Ardilla, Bukan Hanya Nyanyi Siap Ada Video Klip

Bukan hanya dihidupkan, Elvis yang meninggal dunia pada tahun 1977 silam akan mengadakan konsert di Amerika Syarikat tahun ini, lapor Reuters.
Konsert tersebut dinamakan sebagai Elvis Evolution dan akan membawa peminat tegarnya kembali bernostalgia dengan ikon tersebut selain menarik peminat generasi baharu mengenali dengan lebih dekat siapa Elvis Presley.
“Ini akan menjadi sebuah keraian paling gemilang buat Elvis Presley ; seorang lelaki, pemuzik dan pemilik legasi yang masih menjadi pujaan ramai.
“Konsert Elvis secara AI akan menjadi sebuah pengalaman yang luar biasa,” ujar Pengasas & Ketua Pegawai Layered Reality, Andrew McGuinness.
Konsert tersebut akan dipersembahkan dengan penggunaan AI sepenuhnya yang dibantu teknik Holografi. Holografi adalah teknik yang membolehkan imej tiga dimensi dibuat.

BERITA TRENDING: Janda Anak Dua Kahwin Dengan AI Ciptaannya, Suami Bekerja Dalam Bidang Perubatan

Peminat juga akan dibawa memasuki dunia Elvis sejak lahir di Tupelo, Mississippi pada tahun 1935 sehingga perjalanan ke Memphis, Tennessee, Graceland dan Las Vegas. Bintang yang telah menjual lebih 500 juta unit album di seluruh dunia dalam tempoh 46 tahun ini meninggal dunia pada tahun 1977 di kediaman Graceland miliknya pada usia 42 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lisa Marie Presley Disemadi Di Sebelah Kubur Anaknya, Di Rumah Agam Elvis Presley

gempak
14/01/2023
15:46 MYT
Pemergian Lisa Marie Presley yang meninggal dunia pada usia 54 tahun kerana serangan jantung masih menjadi sorotan media tempatan.
Laman Utama

Anak Tunggal Elvis Presley, Lisa Marie Presley Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

gempak
13/01/2023
02:22 MYT
Anak tunggal bintang legenda, Elvis Presley, Lisa Marie Presley kini berada di hospital selepas alami serangan jantung.
Laman Utama

Penyanyi Dakwa Kahwin Dengan Hantu, Elvis Presley, Marylin Monroe Pun Datang!

gempak
13/12/2022
15:45 MYT
Brocarde membuat pengakuan tidak masuk akal apabila mengumumkan dirinya telah berkahwin dengan hantu bernama Edwardo.
Nusantara

Cucu Elvis Presley, Putra Kesayangan Lisa Marie, Benjamin Keough Meninggal Dunia Diduga Bunuh Diri

gempak
13/07/2020
06:10 MYT