gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kes Zayn Rayyan: Ismanira Nafi Dakwaan ‘Muka Kosong’ - “Sejak Anak Hilang, Saya Lalui Perkara Yang Sangat Perit…”
HIBURAN
Menang Pembantu Lelaki Terbaik Di Thailand, Bront Palarae Harap Jadi Pembakar Semangat - “Bangga Nama Anak Malaysia Terpahat…”
RANCANGAN
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Bad Guys 2
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Andika Putra Kongsi Tips Rumah Tangga, Amalkan Solat Jemaah - “Keluarga Kita Akan Sangat…”

Mya Amri
Mya Amri
21/07/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Andika Putra Kongsi Tips Rumah Tangga, Amalkan Solat Jemaah - “Keluarga Kita Akan Sangat…”
Pempengaruh media sosial, Andika Putera berkongsi amalan yang sering dipraktikan dalam rumah tangganya untuk kekal bahagia.

Amalkan solat jemaah

Menurut Andika, solat berjemaah merupakan antara kunci utama dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

“Bagi saya, yang paling terbaik adalah solat jemaah. Ramai orang sekarang ini, terutama lelaki, ketua keluarga, kadang-kadang lupa untuk solat berjemaah.

“Siapa bagi kita bahagia? Siapa bagi kita rasa cukup? Allah segala-galanya. Macam mana salah satu benda yang kita nak Allah bagi kita bahagia?
“Jawapannya adalah kita kena ikut apa yang Allah suruh iaitu solat,” kongsinya menerusi video di TikTok.

Mohon para suami praktikkan

Dalam pada itu, Andika sempat mengingatkan para suami untuk mempratikkan solat jemaah dalam hubungan rumah tangga.

“Tapi jangan solat sendiri. Yang paling penting ini adalah tips yang saya boleh bagi, subuh sama-sama. “Selepas itu kita sibuk kerja dan sebagainya, isyak sama-sama. Sekurang-kurangnya subuh dan isyak solatlah berjemaah sekali bersama dengan anak dan sebagainya.

“Insya-Allah, bila kita solat jemaah ni, percaya tak, keluarga kita akan sangat berbeza. Percayalah.
“Laki-laki di luar sana implementkan benda ini dalam keluarga. Insya-Allah akan jadi luar biasa,” ujarnya.
Sekadar info, sekitar Januari lalu Andika menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Amalina.
@andikaputeraa
Jom sama sama doakan kita istiqomah berjemaah bersama keluarga. Sangat luar biasa ya amalan ini🫰🏻❤️ Komen ❤️ nak amal
♬ original sound - MENTOR BISNES ERA BARU
Topic Berkaitan
#Tips Rumah Tangga
#Solat Jemaah
#Andika Putera
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement