GENGMAKMAK
Elvina Mohamad Bercita-Cita Mahu Jadi Suri Rumah
Pelakon Elvina Mohamad menyimpan impian atau cita-cita untuk menjadi suri rumah ketika di bangku sekolah.
Perkara itu didedahkan ketika majlis reunion bersama rakan-rakan persekolahannya.
Malah, Elvina juga gembira jika dia ditakdirkan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
Namun, jangan salah faham kerana itu semua hanyalah watak yang digalas Elvina dalam drama Geng Mak Mak yang disiarkan di www.gengmakmak.com.my
Memegang watak Zehan, Elvina menjayakan karakter suri rumah yang mempunyai tiga orang anak tetapi Zehan sering kesunyian dan gemar mengajak kawan-kawannya berjumpa.
Menerusi episod kedua Geng Mak Mak, rakan-rakannya di bangku sekolah merancang mahu mengadakan reunion.
Zehan pada mulanya tidak mahu menyertai reunion tersebut kerana tidak mempunyai keyakinan diri.
Namun, dia telah didorong oleh rakan-rakan lain yang membantunya untuk meningkatkan keyakinan diri dengan ‘make over’.
Bagaimanapun sebelum majlis reunion tersebut berlangsung, Zehan berdepan dengan satu kejadian yang membuatkannya berubah fikiran.
Apakah yang berlaku? Saksikan Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my serta turut akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setriap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.
Geng Mak Mak turut dibintagi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Sazzy Falak, Rita Rudaini, Nad Zainal dan Fatin Afeefa.
Must-Watch Video