gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ibu Dakwa Mikael Noah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Penyanyi Irama Malaysia, Kongsi Bukti Pada Caprice - “Dia Memang Tak Selesa…”
HIBURAN
Justin Timberlake Dilabel Malas & Biadab, Tak Banyak Menyanyi Masa Konsert
HIBURAN
Muat Naik Foto Bersama, Ramai Doakan Edika Yusof & Bekas Isteri Kembali Bersatu - “Semoga Sentiasa Bertabah Dalam Apa Jua Ujian”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Elon Musk Dah Beli Twitter, Pecat Eksekutif Kanan!

Gempak
Gempak
29/10/2022
12:41 MYT
Sponsor Banner
Elon Musk Dah Beli Twitter, Pecat Eksekutif Kanan!
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk menyelesaikan pemerolehan AS$44 bilion Twitter selain memecat tiga eksekutif kanan utama syarikat dan bersedia untuk merangka hala tuju baharu laman sesawang mikroblog itu, menurut beberapa laporan.
Selain memuktamadkan pembelian itu dan menambah syarikat baharu kepada portfolio teknologinya yang luas, Musk menjadikan Twitter sebagai syarikat persendirian dan membayar pemegang saham harga lebih tinggi daripada asal sebanyak AS$54.20 sesaham, lapor agensi Anadolu.
Ketua Pegawai Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan Vijaya Gadde, ketua dasar undang-undang, amanah dan keselamatan, dipecat, lapor The Washington Post memetik sumber.
Penasihat Am Twitter Sean Edgett juga dipecat, menurut Washington Post.
Penyelesaian perjanjian itu membawa kepada penamatan tindakan undang-undang dari Twitter yang berusaha untuk memaksa Musk menyelesaikan tawarannya selepas beliau cuba mengingkari perjanjian itu.
Musk pada awal Khamis memberi isyarat bahawa perjanjian itu akan dimuktamadkan dalam tempoh yang singkat, menukar bio Twitternya kepada "Chief Twit" dan menulis panjang lebar -- mengikut piawaian Twitter -- yang memberi jaminan kepada pengiklan bahawa beliau tidak mahu laman sesawang itu "percuma-untuk-semua."
Beliau telah lama mengambil pendekatan lebih tegas terhadap kebebasan bersuara, namun dalam mesej yang ditujukan kepada pengiklan, beliau berjanji untuk meneruskan dasar Twitter bagi mengawal pelbagai kandungan termasuk ucapan benci dan ancaman keganasan.
"Saya memperoleh Twitter kerana tamadun masa depan perlu mempunyai dataran bandar digital yang sama, dengan pelbagai kepercayaan boleh dibahaskan secara sihat tanpa menggunakan keganasan," tulis Musk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Viral
#Twitter
#CEO
#Tesla
#Beli
#Elon Musk
#Saham
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement