,
Hiburan

Elok-Elok & Cantiknya! Kenali Pelakon Utama Drama Bunga's Secret Garden

Amri Hassan
07/01/2021
06:05 MYT
Wajah-wajah baru menghiasi drama pendek baharu Bunga's Secret Garden yang mula bersiaran pada Rabu lalu.
Pastinya ramai yang tertanya-tanya siapakah barisan pelakon utama yang menghiasi drama tersebut.
Apa kata Gempak perkenalkan satu persatu barisan pelakon Bunga's Secret Garden.
1. Bunga
Watak utama Bunga dipegang oleh Rita Nadira, adik kepada peragawati Rita Suraya.
Pemegang Ijazah Seni Persembahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu antara pelakon yang sering mencuri tumpuan di layar kaca selain aktif dalam bidang peragaan.
Memilik kulit sawo matang, Rita Nadira bijak melakonkan peranan utamanya sebagai Bunga, seorang pemilik sebuah nurseri yang mementingkan penjagaan rambut.
Tinggi lampai dan memiliki raut wajah yang jelita, Rita menjadi tunjang kuat kepada drama Bunga's Secret Garden.
2. Adam
Dilakonkan oleh Haziq Macquistan, watak jejaka nerd itu amat cocok dengan karakter dan fizikalnya.
Dalam Bunga's Secret Garden, Adam memiliki sebuah kedai buku dan jejaka yang paling lama mengenali Bunga dan jatuh hati pada gadis itu.
Jangan tak tahu, Haziq merupakan anak teruna kacak pelakon hebat Jasmin Hamid.
Tak dapat dinafikan, kemana jatuhnya kuah kalau tidak ke nasi. Kehebatan lakonannya diwarisi dari ibunya juga!
3. Sam
Sam dilakonkan oleh wajah baharu dalam dunia seni, Muhsin Nadzli yang sebelum ini aktif dalam bidang peragaan.
Muhsin merupakan adik kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim, Haziq Nadzli.
Berwajah kacak dan bertubuh tegap, Muhsin melakonkan peranan seorang usahawan yang tertawan dengan kecantikan Bunga.
Bunga's Secret Garden mengisahkan tentang Bunga, pemilik kedai bunga ‘hipster’ yang sedang mencari cinta sejatinya melalui dua jejaka bernama Sam dan Adam.
Keduanya nampak sempurna, tetapi mana satu yang paling tulen cintanya? Untuk dapatkan jawapan itu, Bunga merancang untuk uji mereka berdua.
Bunga's Secret Garden disiarkan di Facebook, IGTV dan laman rasmi Gempak pada 5 Januari lalu dan episod kedua pada 12 Januari pukul 5 petang.
Drama pendek itu juga turut ditayangkan di Astro Ria pada 12 dan 19 Januari pukul 6.45 petang dan ulangan pukul 1145 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Anugerah Seri Angkasa 2022: Astro Gempak Gondol 3 Anugerah Sekaligus! Semak Senarai Penuh Pemenang

gempak
30/10/2022
16:19 MYT
Tahniah buat semua pemenang!
Laman Utama

Bunga's Secret Garden & McD Virtual Rock Concert Menang Emas APPIES 2022!

gempak
16/08/2022
07:27 MYT
Dua produksi terbitan Astro Gempak, Bunga's Secret Garden dan McD Virtual Rock Concert memenangi anugerah emas dalam majlis Anugerah APPIES Asia Pacific 2022 baru-baru ini.
Laman Utama

Afifah Nasir & Rita Nadira Kongsi Tutorial Solekan Segar Untuk Raya, Kebersihan Gigi Jangan Dilupakan!

gempak
28/04/2022
07:40 MYT
Cantik tak solekan Afifah dan Rita?
Personaliti

“Dua-Dua Rita Suka Dan Sayang. Tapi…” Rita Nadira Kongsi Cabaran Dunia Lakonan Dan Peragaan.

gempak
06/09/2021
10:09 MYT
Aksinya di pentas peragaan juga bakatnya dalam lakonan tidak kurang hebatnya. Walau masih baru dia punya kekuatan dan mampu pergi lebih jauh.
Laman Utama

Terlepas Drama Pendek Bunga's Secret Garden? Jom Layan Versi Penuh Di YouTube Sekarang!

gempak
22/01/2021
06:37 MYT
Mudahnya, di hujung jari saja!