Hiburan
Elly Mazlein Menangis, Beri Ciuman Terakhir Untuk Arwah Adik Alisa Umairah - “Berehat Ya, Kami Rakyat Malaysia Akan Sentiasa…”
Penyanyi dan penyampai radio Era, Elly Mazlein tidak dapat dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika melihat wajah arwah adik Alisa Umairah buat kali terakhir.
Ciuman terakhir
Menerusi perkongsian video di Instagram Era memperlihatkan Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina mencium wajah adik Alisa.
“Wajah arwah adik Alisa cantik. Adik Alisa dah sihat dan berlari kat taman syurga. Berehat ya adik Alisa. Kami rakyat Malaysia akan sentiasa doakan awak! Mama Lina sayang awak,” tulis di perkongsian itu.
Rata-rata netizen turut sebak melihat momen tersebut dan menganggap arwah adik Alisa kini sudah sihat dan sedang bermain-main di syurga.
“Allahuakbar, awak dah tak sakit dah dik. Awak dah dapat tiket masuk syurga seusia ini, tunggu ahli keluarga awak nanti di depan pintu syurga ya dik. Tenangnya muka Alisa.
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Tular Hidap Penyakit Kanser Mata Tahap 4, Adik Alisa Umairah Disahkan Meninggal Dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN: “Mama Sayang Alisa” - Kak Lina Syukur Dapat Ziarah Adik Alisa Sebelum Pembedahan, Doa Cepat Sembuh
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Mahu Berhenti Disini, Elly Mazlein Mahu Sentiasa Ikuti Perkembangan Adik Alisa Umairah - “Saya Akan Tunggu Dia Sehingga…”
“Allah, malam tadi dah menangis, pagi ni menangis lagi. Selamat berehat di taman syurga ya adik Alisa bidadari syurga.
“Bermain-mainlah di syurga ya dik. Kat sana tak sakit dah, kat sana boleh melihat semula,” komen beberapa netizen.
Adik Alisa Umairah yang baru-baru ini tular kerana menghidap penyakit kanser mata tahap 4 disahkan telah meninggal dunia pada malam Rabu.
Perkara tersebut dikongsikan oleh radio Era menerusi satu hantaran di laman Instagram mereka.
Sebelum ini, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein turut hadir turun padang bagi menunggu perkembangan adik Alisa Umairah yang berada di ICU.
Alisa juga dilaporkan dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung pada alat pernafasan.
Terdahulu, tularnya kisah mengenai adik Alisa yang bebas dari kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh ‘cycle’ kimoterapi.
Must-Watch Video