,
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

Umirah Halim
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.

Suami tak guna media sosial

Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berkata, sikap suaminya yang tidak menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian membuatkan dirinya tertarik untuk lebih mengenali Azlan.
“Sebenarnya suami saya memang tiada akaun media sosial, Instagram, Facebook semua.
“Sewaktu saya mula-mula jatuh cinta juga saya sejenis yang ‘berjiwa desa’, saya masih mengekalkan cara kehidupan yang low-key.
“Ketika saya pertama kali kenal dia saya perhati juga sebab nak tengok juga dia sejenis yang suka selfie ke kalau tidak macam sesuatu.
“Lepas itu dia beritahu tiada Instagram, terus lulus,” ujarnya ketika ditemui Gempak di majlis pembukaan cawangan ke-5 Kedai Emas Merchant 9 baru-baru ini.

BERITA TRENDING: “Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan,

​BERITA TRENDING: "Saya Pun Dah Tua, Tak Tahu Sampai Bila Akan Hidup" -
Sementara itu, Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi turut mendedahkan suaminya juga merupakan seorang yang lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga di rumah.
“Dia pula jenis macam tak keluar sangat, habis kerja balik rumah jadi saya suka jenis begitu.
“Suami pun jenis okay tiada masalah, cuma bila dia keluar saya terpelanting. Tapi demi peminat saya okay tapi jangan berlebihan sangat,” tambahnya lagi dengan nada seloroh.
​BERITA TRENDING: Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof
​BERITA TRENDING: Terima Banyak Mesej Bertanyakan Tentang Fazura, DJ
Terdahulu, Elly berkahwin dengan Azlan, yang bertugas sebagai guru pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang anak, Haider Mateen, 3.
Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015. Mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 8.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar