,
Laman Utama

Elly Ariffin Titip Pesan Buat Bekas Suami & Dhabitah Sabri - "Sentiasa Ingat, Kunci Rumah Tangga Adalah..."

Asyikin Mayudin
03/05/2023
00:55 MYT
Masih mempunyai hubungan baik, bekas isteri kepada Jiggy Masin iaitu pelakon dan pengacara Elly Ariffin mengucapkan tahniah kepada pelawak itu atas perkahwinannya dengan atlet penerjun Malaysia, Dhabitah Sabri.
Elly menerusi Instastory miliknya turut mendoakan agar pasangan yang melangsungkan pernikahan pada Jumaat lalu dikurniakan cahaya mata dengan cepat.
“Tahniah @jiggymasin dan @dhabitah_sabri. Selamat pengantin baru kepada anda berdua. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan cepat-cepat dapat baby yang comel okay,” tulis Elly.
Bukan itu sahaja, Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin turut memberi pesanan atau tips dalam rumah tangga.
“Sentiasa beringat, kunci rumah tangga adalah kesabaran,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Jiggy memberitahu dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan mereka namun memilih untuk berkongsi berita gembira itu pada waktu yang sesuai.
Berkongsi mengenai perkenalan mereka sejak lebih setahun lalu, Jiggy memberitahu dia mula berkawan dengan atlet penerjun berusia 23 tahun itu ketika bertemu di sesi fotografi.
Untuk info, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.
Hiburan

“Hubungan Suami Isteri Perlu Ada Kepercayaan, Jangan Sebab Nafsu Anak-Anak Merana” - Elly Mazlein

gempak
15/09/2024
23:55 MYT
Meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada pasangan, penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui tidak pernah memeriksa telefon mahupun dompet suaminya.
Sukan

“This Is Not Her, She Can Do Way Much Better Than This,” - Jiggy

gempak
15/08/2024
14:00 MYT
Pelawak, pengacara dan pelakon, Jiggy akui isu suntingan foto pihak tidak bertanggungjawab terhadap isterinya, penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri meninggalkan kesan emosi terhadap mereka berdua.
Hiburan

Rindu Yang Teramat, Jiggy Tak Sabar Nak Jumpa Dhabitah Sabri - “Saya Bawa Diri Untuk Dia, Lain Semua Standby Dekat Rumah”

gempak
13/08/2024
08:52 MYT
Rasa rindu yang meluap tidak dapat disembunyikan lagi oleh pelawak Jiggy yang juga suami kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri apabila lebih seminggu tidak bersua bersama isteri kesayangannya itu.