gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bayi 3 Bulan Dir*gol, Video Dirakam Dan Dijual
HIBURAN
Didakwa Herdik Adzrin Adzhar, Ogy Ahmad Daud Balas - “Selagi Dia Tak Sebut Nama Saya, Dia Dalam Zon Selamat”
HIBURAN
Abby Abadi Nekad Lawan Syarikat Tekstil Didakwa Menipu, Tak Gentar Selepas Terima Surat Saman - “Nak Turun Naik Mahkamah Sangat Kan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Rasa Macam Mimpi, Bella Menangis Diberi Peluang Buat Persembahan Bersama Tun Hasmah - “Mulanya Saya Tak Percaya Sehinggalah…”

Mya Amri
Mya Amri
16/07/2025
03:20 MYT
Sponsor Banner
Rasa Macam Mimpi, Bella Menangis Diberi Peluang Buat Persembahan Bersama Tun Hasmah - “Mulanya Saya Tak Percaya Sehinggalah…”
Pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa terharu apabila diberi peluang untuk membuat persembahan muzik bersama figura tersohor negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Umpama mimpi

Bella berkongsi perasaannya itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Bella, dia tidak akan sesekali melupakan momen berharga yang dilabelkan sebagai umpama mimpi jadi kenyataan.

“Masih lagi rasa seperti mimpi jadi kenyataan. Bulan lepas, mama saya terima satu panggilan, satu jemputan untuk saya membuat persembahan bersama Tun Hasmah. “Pada mulanya saya tak percaya, sehinggalah saya sendiri nampak mesej itu dan bercakap dengan Kak Maryam dan Kak Azah.

“Sebab saya tak pernah terfikir perkara seperti ini akan berlaku. Alhamdulillah!” tulisnya.
Tambah Bella lagi, hari istimewa itu bukan sahaja memberi peluang kepadanya untuk bermain muzik di sisi Tun Hasmah, malah turut diserikan dengan pertemuan penuh makna bersama ikon negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Hari ini, saya dapat bertemu dengan mereka, bermain muzik bersama Tun Hasmah, dan berkongsi cerita serta gelak tawa.
“Tun M dan Tun Hasmah dengan begitu baik hati menjemput saya untuk makan tengah hari, walaupun saya sudah lewat untuk ke kelas (dan sejujurnya, saya tak kisah langsung hehe),” coretnya.

Rasa sebak lihat keperibadian Tun

Bagaimanapun kata Bella, momen istimewa itu membuatkan dirinya berasa sebak seketika kerana terharu dengan sikap mesra dan keperibadian mulia pasangan negarawan itu.

“Tadi ternangis sekejap, mereka berdua sangat baik, sweet, mesra, dan tulus. MashaAllah.

“Semoga Allah SWT terus kurniakan kesihatan yang baik buat mereka berdua. Insya-Allah,” kongsinya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Bella:
View this post on Instagram
A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)
Topic Berkaitan
#Bella Astillah
#Persembahan
#Tun Hasmah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement