gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Elliza Razak Dedah Bercerai Februari Lalu, Hidup Hancur Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga - “Dalam Idah Pun Dia Pukul”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
06/12/2024
12:48 MYT
Sponsor Banner
Elliza Razak Dedah Bercerai Februari Lalu, Hidup Hancur Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga - “Dalam Idah Pun Dia Pukul”
Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak akhirnya dapat menghela segala kesakitan yang ditanggungnya apabila berjaya keluar daripada hubungan yang banyak menghancurkan hidupnya selama 12 tahun.

Tak Tahan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Menurut Elliza, 40, dia pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan bekas suami, Khairul Adzwan Nasir.
"Jujur saya katakan selama 12 tahun bertahan (dalam rumah tangga), saya rasa lega sangat selepas bercerai. Saya sudah penat. Selama ini saya juga yang menanggung ekonomi keluarga.

"Iya, saya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Sebab itu juga saya nekad untuk failkan cerai kerana sudah tak tahan.

"Punca saya mula melakukan proses permohonan cerai apabila dia ugut tidak benarkan saya berjumpa anak-anak,” kongsinya kepada Gempak.
Elliza memaklumkan dia sah bercerai pada Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari.
Elliza ditemui pada majlis sambutan ulangtahun ke-17 Suria di Petaling Jaya, Selangor pada petang Jumaat.
Lebih tragis, Elliza turut berkongsi kepada pihak media gambar kesan lebam pada wajahnya dipercayai akibat dipukul dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2015.

Dipukul Ketika Dalam Idah

Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga ke-3 (AF3) itu lagi dia juga tidak membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Mungkin sebelum ini saya bodoh kerana tidak buat laporan polis. Saya tak mahu dia ditahan. Saya juga fikirkan tentang anak-anak.

"Tetapi selepas bercerai saya ada buat cover report supaya dia tidak boleh mengganggu saya dan anak-anak.

"Dalam tempoh idah pun dia pukul saya dan ketika itu anak kami nampak apa yang berlaku," ceritanya.

Kongsi pelantun lagu Urai itu lagi dia turut memaklumkan anak-anak menjadi trauma kerana pernah menjadi saksi dia dikasari bekas suami.

"Sekarang ini saya cari semula apa yang buatkan saya gembira. Syukur dapat bertemu dengan orang tepat untuk menguruskan perjalanan kerjaya seni," luahnya.

Terbaharu Elliza tampil dengan lagu berjudul Urai yang menjadi runut bunyi sebuah drama di sebuah stesen televisyen.

BACA JUGA: Netizen Simpati Dengan Nasib Zahnita Wilson - “Selama Ni Orang Kutuk & Kecam Kata Dia Macam Orang Gila Rupanya…."

BACA JUGA: Bekas Isteri Dedah Jay Iswazir Minta Gugurkan Kandungan, Dibelasah Sejak 3 Bulan Pertama Kahwin Sampai Mahu B*nuh Diri - “Hidup Aku Hancur Sebab Kau”

Topic Berkaitan
#cerai
#Dipukul
#Keganasan
#Razak”
#Didera
#“Elliza
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement