,
Hiburan

EKSKLUSIF: “Dewi Pekerja Baik, Kalau Saya Pecat Dia Orang Lain Gembira, Tapi Saya Tidak..” - Jofliam

Umirah Halim
02/10/2024
09:25 MYT
Isu rumah tangga pasangan usahawan dan pempengaruh Jofliam masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial selepas pendedahan yang didakwa dirinya difitnah berlaku curang dengan pembantu peribadinya dikenali sebagai Dewi.

Netizen gesa letak jawatan

Pelbagai reaksi mengenai isu ini sehingga ada netizen yang meminta Dewi meletakkan jawatan.
Jofliam yang mesra disapa Jo, bagaimanapun memaklumkan tiada sebab yang berasas untuk dia melakukan perkara sedemikian.
“Saya agak terkesan dengan dia kerana Rumah tangga dia pun hancur akibat fitnah ini.
“Rumah tangga saya pun hancur jadi situasi dia sama dengan saya.
“Kalau saya pecat dia (Dewi), seolah saya memecat diri saya sendiri.
“Orang lain yang gembira, kalau saya pecat dia, tapi saya tak gembira kerana situasi fitnah yang Dewi hadap sama dengan saya.

“Jadi, kenapa nak pecat kalau dia buat kesalahan yang nyata saya boleh pecat, tapi setakat ini kerja dia bagus tiada pula melakukan kesalahan boleh jejaskan perniagaan saya.

“Apa arahan saya semua dia buat, dia bekerja dengan tekun.
“Kenapa nak pecat kerja yang bagus kalau dia tak buat salah.
“Orang yang kenal saya tahu saya bagaimana, kalau seseorang itu tak buat salah kenapa saya nak menghukum,” katanya ketika dihubungi Gempak.

BERITA TRENDING: Netizen Suruh Dewi ‘Resign’ Selepas Dikaitkan Dengan Isu Rumah Tangga Jofliam & Cik Epal - “Kau Itu Isteri Orang, Patutnya…”

​BERITA TRENDING: Pernah Nasihat Tapi Dibalas Biadab, Ada Sebab Abang Jofliam Campuri Urusan Peribadi Adik - “Status Dia Hanyalah Skandal Berstatus Isteri Orang…”

​BERITA TRENDING: Bawa Pembantu Peribadi Ke Milan, Netizen Anggap Jofliam Tak Jaga Hati Cik Epal? - “Walaupun Dah Bercerai..”

​BERITA TRENDING: “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan

Sementara itu, menjawab pertanyaan mengenai hadiah yang diberikan kepada Dewi, ushawan piza wagyu itu menjelaskan bahawa perkara tersebut dilakukan dengan keizinan dan pengetahuan Cik Epal sendiri.
“Sebenarnya ada benda yang saya tidak cerita, keputusan datang sini (Itali) bukan keputusan saya.
“Bagi saya gift ini bukan atas dasar diri saya sendiri, Cik Epal pun tahu, datang sini pun saya shopping dengan dia dulu, doa nak handbag saya beli, dia nak apa saya beli, saya beli semua barang keperluan di rumah.
“Kalau nak cakap ciK Epal terasa tidak, sebab dia tahu, dan keputusan untuk bawa Dewi ke Milan bukan keputusan saya,” ujarnya.
Terdahulu, Jofliam mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkahmah untuk mengesahkan status rumah tangganya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Puas Hati Isu Curang, Netizen Kongsi Gambar Mesra Jofliam & Dewi?

gempak
05/10/2024
01:12 MYT
Khabar angin tentang perselingkuhan chef pizza, Jofliam seakan-akan tidak menemui titik noktah apabila dirinya dikatakan kelihatan mesra bersama pekerjanya iaitu Dewi semasa acara The Best Pizza 2024, yang berlangsung di Milan, Itali baru-baru ini.
Hiburan

“Saya Lebih Rela Diam Sekarang, Bukan Kalah Atau Mengiyakan Fitnah" - Dewi

gempak
04/10/2024
01:26 MYT
Isu rumah tangga pasangan usahawan dan pempengaruh Jofliam dan Cik Epal masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial.
Hiburan

EKSKLUSIF: Jofliam Nafi Guna Kontroversi Rumah Tangga Sebagai Taktik Marketing! - "Saya Tak Perlu Semua Itu Dari Dulu..”

gempak
03/10/2024
07:55 MYT
Susulan pendedahan yang dibuat usahawan dan pempengaruh Jofliam mengenai kemelut rumah tangganya, ramai netizen yang mendakwa kontroversi ini sekadar taktik untuk mempromosikan bisnesnya.
Viral

Usahawan Nur Amira Titip Pesanan Untuk Lelaki Berstatus Suami - “Hat Perempuan Pula Tak Payah Galak Dengan Laki Orang…”

gempak
03/10/2024
02:55 MYT
Perkongsian pempengaruh dan usahawan Nur Amira di platfrom Thread mengenai status suami dan isteri menarik perhatian netizen.
Hiburan

EKSKLUSIF: Bertegas Tak Curang, Jofliam Dedah Cik Epal Pernah Datang Cuba Betulkan Keadaan - "Dia Yang Nak Tackle Saya Semula"

gempak
02/10/2024
23:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam menyatakan rasa terkilan dengan sikap isterinya yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk meredakan keadaan susulan tuduhan terhadap dirinya yang didakwa berlaku curang dengan pekerja sendiri.
BorakSeeni