,
Laman Utama

Ekoran Hambur Kenyataan Berbaur Perkauman, Polis Ambil Keterangan Zul Huzaimy

Izwan Isa
15/11/2022
20:50 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengambil keterangan pelakon Zul Huzaimy kelmarin, susulan kenyataannya yang disyaki berbaur perkauman dan ugutan.
Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata, PDRM masih menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
Sebelum ini, media melaporkan pelakon berkenaan dikatakan mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur perkauman dan ugutan menerusi penularan satu video berdurasi dua minit 20 saat semasa dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, pada 4 Nov lepas. Pelakon berusia 43 tahun itu kemudian menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya semalam, memohon maaf atas ucapan yang didakwanya disalah anggap.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini terhadap dua individu iaitu Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir dan Zul Huzaimy, berkaitan kenyataan mereka dalam video masing-masing yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati satu kertas siasatan dibuka berhubung video tular membabitkan Mohd Shahiful di Alor Setar, Kedah dan disiasat mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Satu lagi kertas siasatan dibuka susulan laporan polis di Chukai, Kemaman, Terengganu melibatkan isu video tular Zul Huzaimy yang disiasat di bawah Seksyen 506, 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beberapa hari lepas, tular rakaman video memaparkan Mohd Shahiful dalam ceramah kempennya mengeluarkan hukum sesiapa mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.
Susulan penyebaran video berdurasi 28 saat itu, beliau menerima kritikan daripada pelbagai pihak dan semalam Mohd Shahiful da dalam satu kenyataan, memohon maaf dan menarik balik kenyataannya sebelum membuat permohonan untuk berehat daripada jawatan dalam parti untuk tempoh akan dimaklumkan kelak.
Sumber: Astro Awani (Bernama)
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

Pengarah JSJ Bukit Aman, Shuhaily Jijik Dengan Penemuan Kes GISBH

gempak
18/09/2024
06:20 MYT
“Kes ini, saya jijik dengan penemuan (siasatan)."
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.