,
Gaya Hidup

Ekonomi Dunia Makin Mencabar, Dr Azizan Osman Ada Formula Untuk Jadikan Usahawan Jutawan Desa!

Amri Hassan
22/09/2022
08:35 MYT
Bangsa usahawan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu ada persediaan untuk berdepan rintangan yang semakin mencabar ketika ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, persediaan tersebut seperti dikatakan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman boleh menjadi kunci untuk mereka untuk bertahan bahkan berkembang lagi.
“Kami tahu, kebanyakan usahawan dalam situasi tak berapa baik ekoran kenaikan kos operasi disebabkan faktor dalaman dan luaran kepada mereka.
“Bukan itu saja, perubahan trend pembelian juga buatkan usahawan buntu hingga tak tahu nak fokus yang mana di samping strategi yang kurang tepat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam (21 September lalu), RichWorks bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyaksikan detik bersejarah dalam usaha rintis melahirkan usahawan jutawan desa melalui Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J@KPLB).
Mengulas mengenai usahasama itu, Radz memberiahu, pihaknya berterima kasih atas kepercayaan diberikan KPLB di bawah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan pengurusannya dalam usaha rintis melahirkan 25 bakal usahawan jutawan desa.
“Dr. Azizan dan RichWorks mempunyai formula terbukti, ilmu dan strategi terkini, bagi seseorang usahawan itu transformasikan bisnes ke tahap lebih tinggi.
“Kami bercakap berdasarkan bukti dan pencapaian dalam membimbing usahawan di mana 326 usahawan berjaya capai jualan RM1 juta pertama mereka sejak 2019 dan bagi tahun lalu saja, seramai 72 usahawan jutawan dilahirkan,” jelasnya.
Sehubungan itu, Radz memberitahu, kini pilihan kepada usahawan desa terlibat untuk betul-betul menggunakan peluang bimbingan ini, ilmu dan panduan terbukti untuk lebih maju ke hadapan.
"Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, KPLB memberikan peluang kepada mereka, maka tunjukkannya dengan komitmen yang tinggi untuk capai sasaran RM1 juta pertama," ujarnya.
Dalam pada itu, Radz juga menyaksikan sebenarnya masih ramai usahawan di luar sana termasuk dari luar bandar yang berniaga lebih tiga tahun, ada kehendak capai RM1 juta namun belum berjaya lagi.
"Sebab itu, kami nak menjemput usahawan-usahawan ini, yang sudah bertahun berniaga untuk hadir ke 10X Bina Bisnes Berjaya pada hujung Oktober nanti," katanya.
Untuk keterangan lanjut, layari www.binabisnesberjaya.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.