,
Laman Utama

Eizlan Yusof Akhirnya Disahkan Sertai PAS

Syafiqah Jalal
12/06/2023
03:30 MYT
Selepas mengelak mengulas statusnya dalam parti pembangkanv baru-baru ini, pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof akhirnya disahkan mengertai parti PAS.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan sendiri perkara berkenaan.
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.
"Datuk Eizlan Yusof sah jadi ahli dan bersama dengan dia pun ramai lagi," katanya kepada Awani
Sebelum ini media melaporkan yang Eizlan enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang dia bakal menyertai PN di bawah tiket PAS dan meminta menunggu pengumuman berkaitan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.
Sementara itu, Takiyuddin berkata, Pas menerima antara 3,500 sehingga 4,000 orang keahlian baharu setiap bulan.
Hari ini (Ahad) saja ada 3,000 lebih termasuk penyertaan kumpulan Tan Sri Annuar Musa sendiri dan difahamkan akan ada lagi secara berkumpulan termasuk di peringkat negeri-negeri," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video