,
Berita

Editor Video Astro AWANI Meninggal Dunia Kemalangan

Awani
14/10/2024
06:45 MYT
Astro AWANI kehilangan seorang kakitangan yang dedikasi, Ahmad Hafiz Azhar Nordin yang meninggal dunia, pada awal pagi ini.
Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar, 36, yang juga Editor Video di Astro AWANI dipercayai maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 8.5 Lebuhraya Maju Ekspres (MEX) sekitar pukul 7.09 pagi tadi.
Ketika kejadian, Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar atau lebih mesra dikenali sebagai Randy dalam kalangan rakan sekerja sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.
Menurut laporan perubatan hasil proses bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), punca kematian Ahmad Hafiz Azhar akibat kecederaan di kepala dan dada ekoran kemalangan itu.
Jenazah Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar juga dimandi dan dikafankan di HUKM sebelum dibawa pulang ke kampung halaman Allahyarham di Alor Gajah, Melaka untuk dikebumikan di sana.
Pemergian Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar disifatkan Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail sebagai kehilangan besar buat keluarga Astro AWANI.
Sambil merakamkan ucapan takziah dan duka yang mendalam buat keluarga Ahmad Hafiz Azhar, Ashwad berkata, Astro akan membantu menguruskan segala urusan berkaitan pengebumian Allahyarham.
“Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar ialah seorang rakan sekerja yang amat berdedikasi serta memiliki keperibadian yang menawan. Kami akan merasakan pemergiannya.
“Semoga Allah SWT akan mencucuri roh dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata Ashwad.
Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar meninggalkan isteri, Nur Farrah Hanna Ibrahim, 35, serta dua anak lelaki, Noah Anaqi, 5, dan Nael Azraf, sembilan bulan.
Sebelum berkhidmat dengan Astro AWANI, Allahyarham pernah bertugas di agensi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selama tiga tahun.
Beliau juga terlibat dalam kerja-kerja sukarela bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM).
Astro AWANI mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar.
Doa kami semoga keluarga Allahyarham tabah dan cekal menghadapi ujian besar ini.
Al-Fatihah…
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Duit Berniaga Hilang Ketika Kemalangan, Azlan Komeng Rayu Dikembalikan - “Kami Harap Kejujuran Anda”

gempak
17/10/2024
21:45 MYT
Pelakon, Azlan Komeng memberitahu dia masih belum menerima sebarang maklumat tentang duit perniagaannya bernilai kira-kira RM10,000 yang hilang semasa kemalangan pada Sabtu lalu.
Hiburan

"Ingatkan Pantulan Lampu, Tapi Lori Masuk Jalan Kami" - Azlan Komeng Cerita Detik Cemas Kemalangan, Perlu Bedah Pinggul

gempak
17/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Azlan Komeng menceritakan kembali detik cemas ketika terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Pahang bersama isteri, Nur Nilam Ortiz pada Sabtu lalu.
Hiburan

Kehilangan Besar Buat Peminat One Direction, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Liam Payne

gempak
17/10/2024
01:30 MYT
Payne dipercayai terjatuh dari tingkat tiga balkoni hotelnya di Buenos Aires, Argentina.
Hiburan

Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

gempak
16/10/2024
23:59 MYT
Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.
Berita

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Cedera Langgar Pokok Tumbang

gempak
12/10/2024
14:36 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cedera ringan selepas basikal ditungganginya terjatuh ketika menyertai Ironman Malaysia di di sini, hari ini.
BorakSeeni