gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Semua Kena Prank, Lelaki Meraung Isteri Maut Dirompak, Padahal…
HIBURAN
Dicurangi Ahmad Dhani & Cerai, Maia Estianty Pesan Anak Sebelum Kahwin: “Jangan Sakiti Hati Perempuan”
HIBURAN
“Kena Tanduk Baru Tahu!” – Netizen Terhibur Jamal Abdillah Marah Anak Berkubang Dalam Tempat Minum Lembu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Eda Ezrin, Suami Mungkin Ditahan Sebulan Lagi, Pendakwa Raya Fail Rayuan Lanjutan Tahanan

gempak
Gempak
03/05/2025
05:20 MYT
Sponsor Banner
Eda Ezrin, Suami Mungkin Ditahan Sebulan Lagi, Pendakwa Raya Fail Rayuan Lanjutan Tahanan
Pendakwa raya Thailand semalam memfailkan rayuan lanjutan tahanan selama sebulan lagi di Mahkamah Narathiwat terhadap penyanyi dikir barat Malaysia, Eda Ezrin, suaminya dan empat individu lain.
Permohonan itu dikemukakan di kaunter mahkamah petang semalam.
Jurucakap mahkamah berkata, seorang hakim dijangka membuat keputusan mengenai rayuan itu awal minggu hadapan.
"Jika mahkamah meluluskan lanjutan itu, penyanyi Malaysia dan lima individu lain akan terus ditahan di penjara selama sebulan lagi.
"Ini akan memberi lebih masa kepada penyiasat untuk mengumpul bukti yang mengaitkan keenam-enam rakyat Malaysia itu dengan pemilikan 6,059 pil yaba," katanya.
Pada 6 Mac lalu, Eda Ezrin dan lima lagi rakyat Malaysia dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 pil yaba di bandar Sungai Golok pada 1 November tahun lalu.
Keputusan itu dibuat oleh panel dua hakim dalam satu perbicaraan selama 30 minit di Mahkamah Wilayah Narathiwat.
Bagi tuduhan mengambil dadah, hakim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak 4,000 baht (RM526) terhadap mereka.
Bagaimanapun, mereka tidak perlu menjalani hukuman penjara kerana telah ditahan lebih empat bulan di Penjara Narathiwat.
Mereka juga dikecualikan daripada membayar denda berkenaan.
Mahkamah turut memberi pihak pendakwaan tempoh sebulan pertama untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan berhubung tuduhan pengambilan dadah.
Tempoh sebulan itu berakhir pada 6 April.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Penjara
#Thailand
#Ditahan
#Bebas
#Eda Ezrin
#Lanjutan
#Pendakwa raya
Must-Watch Video