,
Laman Utama

Ebit Lew Buat Laporan Polis Atas Fitnah Melampau

Awani
18/09/2023
02:44 MYT
Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew membuat laporan polis susulan fitnah yang dikenakan ke atasnya dalam satu program podcast khas kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice.
Beliau yang baru sahaja tiba dari Jeddah telah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kes tersebut juga akan diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan undang-undang.
“Baru sampai dari Jeddah jam 12 malam tadi dan terus ke balai polis membuat laporan mengenai fitnah yang teramat melampau serta langsung tidak berasas ke atas diri saya.
“Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan.
“Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam ciapan di aplikasi X.
Pada 11 September lalu, media tempatan melaporkan, ibu tunggal, Mondy Tattoo mendedahkan cerita sebenar mengenai bantuan penceramah bebas, Ustaz Ebit di sebuah podcast khas yang dikendalikan oleh Caprice.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi hantaran di Instagram dan telah dimuat naik di laman YouTube.
Sumber - Sinar Harian menerusi AWANI
BACA SINI: Ada 936 Screenshots Sejarah Layari Laman Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Berita

Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew

gempak
30/08/2024
15:01 MYT
Saksi pendakwaan yang kesembilan memberitahu mahkamah bahawa tindakannya menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew adalah disebabkan risau kerana gambar payudaranya ada pada pendakwah tersebut.
Berita

Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

gempak
26/08/2024
07:55 MYT
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.
Hiburan

“Kita Tak Akan Tahu Bila Masa Akan Pergi…” - Caprice

gempak
19/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi rap dan personaliti media sosial, Caprice berkongsi momen dia bersama putera sulungnya iaitu Airiel Qashaf yang kini semakin membesar dengan cepat.
Hiburan

Ulas Isu ‘Child Free’, Caprice Akui Hidup Berubah Lepas Punyai Zuriat – "Dulu Tidur Bergantung Pada Ubat”

gempak
29/06/2024
00:55 MYT
Penyanyi Caprice memberi pandangannya mengenai ‘trend’ baru-baru ini di mana terdapat pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk tidak mempunyai zuriat.