,
Laman Utama

Ebit Lew Bawa 'Bidadari' & Anak-Anak Bercuti Ke Switzerland, Netizen Suruh Rehat; "You Deserve Every Second Of The Holiday"

Amri Hassan
20/10/2021
00:50 MYT
Pendakwah popular Ustaz Ebit Lew berkongsi momen indahnya sedang makan angin bersama isteri dan anak-anaknya di Switzerland.
Menerusi Facebooknya, tulis Ebit, meluangkan masa bersama keluarga menjadi detik terindah dalam hidupnya.
"Doakan yer. Bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss (Switzerland). Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat reda dan kasih sayang-Nya," tulis Ebit.
Perkongsian Ebit mendapat perhatian pengikutnya yang turut sama mendoakan kesejahteraannya semasa bercuti.
"Anda layak untuk menikmati cuti ini. Semoga sentiasa selamat dan dilindungi Allah," tulis Rohana Yaacob.
"UEL dikenali dengan dakwah yang sangat lembut dan selalu menyebut 'Allah Sayang Kita'. UEL sentiasa berkhidmat dan tersenyum depan semua orang tanpa lelah.
"Sentiasa tunjukkan contoh layanan baik terhadap isteri beliau," puji MohdBaharum Alum.
"Bila selalu buat kebaikan, semua orang mendoakan yang baik-baik," tambah Taqiyuddin Sabqi Jamaliah.
"Pergilah berehat ustaz bersama bidadari dan anak-anak. Moga selamat pergi dan kembali," kata Anirah Abdullah pula.
Malah, ada juga warganegara Malaysia yang kini menetap di Switzerland mempelawa dermawan itu untuk bertemu di sana.
"UEL, saya di Switzerland. Ingin sangat nak berjumpa ustaz dan keluarga," tulis Sidah Icer.
Malah ada juga yang sempat berseloroh menyatakan lokasi mereka berdekatan dengan tempat yang ditulis Ebit iaitu 'swiss' (merujuk kepada rangkaian hotel popular antarabangsa).
Posting terbabit mendapat 6,000 tanda like daripada pengikutnya selepas hanya 2 minit disiarkan di Facebook.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Berita

"Selepas Azan Subuh Dia Beri Isyarat 5 Jari, Saya Ingatkan …" - Isteri Allahyarham S Atan

gempak
16/11/2024
14:25 MYT
Norizan juga meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan segala permintaan suaminya sebelum pergi buat selamanya.
Unitar