,
Laman Utama

Dunia Islam Kehilangan Ulama Tersohor, Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia Di Usia 96 Tahun

Asyikin Mayudin
27/09/2022
03:25 MYT
Berita mengejutkan umat Islam seluruh dunia apabila ulama tersohor iaitu Yusuf al-Qaradawi dilaporkan meninggal dunia pada usia 96 tahun semalam.
Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) memaklumkan berita pemergian Yusul al-Qaradawi itu turut disahkan oleh anak lelakinya iaitu Abdul Rahman menerusi akaun laman sosial.
"Dunia Islam kini kehilangan seorang ulama yang paling disegani," tulis IUMS yang diasaskan oleh beliau menerusi Twitter.
Bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian beliau yang sebelum ini dilaporkan menderita sakit untuk tempoh agak lama.
Yusuf al-Qaradawi yang dilahirkan di Mesir telah menetap di Qatar sejak 2013 dan turut diberikan hak kerakyatan negara berkenaan.
Beliau dikenali komuniti antarabangsa kerana mempunyai pandangan yang tegas tentang konflik Israel-Palestin malah ulama sunni berkenaan juga pernah menggunakan pendekatan lebih lembut terhadap kumpulan syiah ketika ketegangan tercetus antara Qatar dan Arab Saudi.
Pada masa itu, beliau menggesa persefahaman antara kedua-dua pengikut kumpulan sunni dan syiah walaupun berlainan mazhab.
Yusuf al-Qaradawi juga merupakan antara ulama yang menyokong revolusi Arab Spring di Kaherah pada 2011 yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak.
Hasil tulisannya berjudul The Lawful and Prohibited in Islam turut diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan menjadi titik rujukan utama kepada umat Islam di seluruh dunia.
Pada 2009, Malaysia pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau yang mengiktiraf sumbangan dan jasa besar individu sempena sambutan tahun baharu Islam.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

“Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko

gempak
10/09/2024
12:55 MYT
Pelakon dan sutradara terkenal Sabri Yunus menegaskan dirinya bukan individu yang tepat untuk menjawab persoalan orang ramai berkaitan hal agama.
Hiburan

Angeline Tan Belum Dapat ‘Offer’ Berlakon Sejak Peluk Islam, Anggap Tiada Watak Yang Sesuai Dengan Imej - “Selama Saya Berada Dalam Industri, Tak Pernah Meminta…”

gempak
09/09/2024
09:25 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran berlakon selepas memeluk islam pada September lalu.