,
Hiburan

“Dulu Selalu Lihat Dari Jauh, Belum Mampu Nak Beli” - Imran Aqil Percaya Rezeki Selepas Kahwin

Mya Amri
20/03/2024
08:55 MYT
Sejak bergelar suami sekitar September tahun lalu, pelakon, Imran Aqil mengakui rezeki selepas berkahwin itu sangat luar biasa.
Menurut Imran, dia dan isterinya yang juga merupakan personaliti media sosial iaitu Dahlia Rizal menerima beberapa tawaran untuk menjadi duta.
“Betullah orang kata kalau kahwin ni rezeki melimpah limpah dan guru saya berpesan, jangan kita tak nikah kerana kurangnya rezeki.
“Tapi disebabkan saya pegang kata-kata itu, alhamdulillah syukur, rezeki tak putus. Terima kasih kepada isteri saya juga.
“Isteri saya banyak menyumbang dalam media sosial, saya hanya tumpang rezeki dia sahaja,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Suami Lupa Basuh Pinggan, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar!

Bercakap memgenai pemilihan sebagai duta jenama Leeyana Rahman, Imran berkata pada mulanya mereka menyangka hanya diminta untuk membuat review koleksi baju raya namun ternyata rezeki yang diberikan adalah lebih besar.
“Sebenarnya agak sukar juga nak buat keputusan kerana ada beberapa jenama lain yang menawarkan kami menjadi duta.
“Tapi akhirnya kami memilih Leeyana Rahman kerana Dahlia sangat menyukai baju baju dari jenama ini.
“Saya ingat lagi dulu kalau ada promosi raya, saya selalu melihat baju Leeyana Rahman dari jauh. Namun pada ketika itu belum berkemampuan nak beli.
“Saya rasa sangat teruja menjadi duta untuk Leeyana Rahman, pada mulanya kami ingat hanya review baju sahaja sekali jadi duta. Alhamdulillah rezeki.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Leeyana Rahman kerana memberi kepercayaan untuk kami menjadi duta,” katanya

BERITA TRENDING: “Dah Cari Resipi Sahur Tapi Tak Tahu Boleh Bangun Atau Tidak” - Dahlia Rizal Teruja Nak Berpuasa Bersama Suami

Untuk rekod, Imran dah Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 selepas setahun bertunang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Viral

Netizen ‘Serang’ Laman Sosial Imran Aqil Sebab Dahlia Rizal - “I Rasa Posting Imran Tak Ada Hate Dekat Dia…”

gempak
28/07/2024
01:55 MYT
Pelakon Imran Aqil mengakui dia jarang menerima komen kecaman atau netizen melemparkan kebencian di laman sosial miliknya.
Hiburan

PU Riz Dilantik Jadi Duta Masjid Di Kubang Kerian - "Komitmen Saya Lebih Pada Membantu Cari Dana & Sedekah..."

gempak
08/07/2024
21:17 MYT
Pendakwah selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan.
Hiburan

Suami Baca Taklim Sebelum Tidur, Rutin Rumah Tangga Sakinah Mawaddah Warahmah Dahlia Rizal

gempak
04/07/2024
14:50 MYT
Pempengaruh media sosial Dahlia Rizal menjadikan alaman membaca taklim bersama suami sebagai rutin sebelum tidur.
Hiburan

Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Bintang antarabangsa Fan Bingbing menyifatkan peranan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 yang digalasnya adalah satu tanggungjawab yang amat berat, namun pada masa yang sama beliau menganggap ia sebagai satu tuah.