gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
"Kalau Ada Yang Tidak Kena, Beritahulah Saya, Jangan Aniaya Saya” - Faisal Halim
HIBURAN
“Datin Selalu Belanja Makan, Tidur Hotel Yang Saya Tak Mampu” – Pembantu Rumah Intan Najuwa Syukur Dapat Majikan Baik
HIBURAN
Tiada Campur Tangan Pihak Ketiga, Mas Idayu Buka Mulut Kes Cerai - "Allah Tutup Aib Kami, Saya Memang Layak Mohon ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
SUKAN

"Dulu Bertanding Kepala Luka Sana Sini, Tak Dapat Duit... Sekarang Gaji Saya Boleh Sampai Enam Angka" - Jojo Ghazali

gempak
Amri Hassan
10/05/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
"Dulu Bertanding Kepala Luka Sana Sini, Tak Dapat Duit... Sekarang Gaji Saya Boleh Sampai Enam Angka" - Jojo Ghazali
Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, atau lebih dikenali sebagai Jojo, mendedahkan dia pernah menerima bayaran sebanyak RM50 ketika menyertai pertandingan sulungnya.
Jojo yang kini berusia 19 tahun, turut berkongsi bahawa dia tidak mendapat sebarang bayaran dalam banyak penyertaan awalnya walaupun mengalami kecederaan serius.
“Dulu masa bertanding kepala luka sana sini, tapi tak pernah dapat duit. Tapi saya percaya suatu hari nanti, saya boleh jana pendapatan melalui sukan ini.
"Dulu orang kata Muay Thai tak bawa hasil… sekarang semua dah diam,” katanya menerusi satu sesi soal jawab bersama pengikut di Instagram.
Kini, Jojo memaklumkan pendapatannya hasil daripada karier seni mempertahankan diri telah mencapai enam angka, hasil usaha keras dan ketekunan yang berpanjangan.
“Alhamdulillah sekarang gaji dah cecah ratusan ribu. Semua ini dengan izin Allah dan pengorbanan besar yang saya lakukan,” tambahnya.
Cucu kepada bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Mohd Ghazali Che Mat, itu turut memberi nasihat kepada atlet-atlet baharu agar tidak terlalu fokus kepada imbuhan pada awal karier.
“Saya sendiri pernah bayar untuk masuk bertarung. Tapi dari pertarungan itu datangnya pengalaman. Lagi banyak pengalaman, lagi hebat seseorang fighter itu. Semua pelaburan yang saya buat, akhirnya berbaloi," ujarnya.
Pada Oktober 2023, ketika usianya baru mencecah 17 tahun, Jojo menandatangani kontrak bernilai AS$100,000 (RM473,507) bersama ONE Championship. Setahun kemudian, pada September 2024, Jojo memperoleh AS$50,000 (RM216,500) selepas menewaskan atlet Mexico, Josue Cruz, dalam aksi di ONE 168: Denver.
Topic Berkaitan
#Viral
#Sukan
#Gaji
#Muay Thai
#Bayaran
#Jojo Ghazali
Must-Watch Video