,
Hiburan

"Duit Tu Nak Masuk Perut Jadi Darah Daging" - Azza Elite Ditipu Peniaga

Asraf Aided
23/05/2019
05:34 MYT
Anggota kumpulan Elite dan bintang program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Azza berasa kesal dengan tindakan pihak peniaga yang didakwa menipunya baru-baru ini.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Azza, dia berasa kecewa dengan tindakan pihak peniaga yang didakwa menipunya itu kerana dia telah berusaha keras mengumpul wang untuk membeli barang dari mereka.
"Sedih lah kita beli barang tapi kena tipu, kalau tak ganti kita sangat sedih, kita bagi masa sebab staff dia cakap akan cuba bantu, okay baik, Kak Za terima.
"Tetapi, dengar sini saudara Kak Za akan ke tribunal pengguna, kalau tiada apa-apa tindakan dari uols.
"Kak Za cari duit macam nak gila, siang malam kerja, sampai hati korang tipu Kak Za, akak sedih lah berdiri lama dekat booth, buat go shop, buat parodi tetapi bila beli satu barang ni harga ribu, Kak Za kumpul duit sebab nak beli barang tu.
"Berniagalah dengan jujur, tolong jujur, duit tu nak bawa masuk perut jadi darah daging, macam mana kita nak jawab dengan Allah nanti kat akhirat kita akan disoal," tulisnya sebagai kapsyen.
Namun begitu, Azza tidak menyatakan dengan jelas tentang barang yang dimaksudkan dan dia juga tidak menulis nama pihak peniaga terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati dan meminta Azza untuk terus bersabar.
Sedikit info mengenai Azza, pemilik nama sebenar Nor Azzarima Zawari ini mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 90'an dan masih bergiat sehingga kini.

sedih lah kita beli brg tp kena tipu .. kalau x ganti kita sgt sedih .. kita bg masa ..sb staff dia ckp dia cuba bantu .. ok baik.. kak za terima.. tetapi .. tetapi dgr sini saudara kak za akn ke tribunal pengguna . kalau tiada apa apa tindakan dari pihak uols.. kakza cari duit mcm nk gila .. siang mlm kekza keje sampai hati korang tipu kakza.akak sedih la berdiri lama kt booth ,buat go shop,buat parodi tetapi bila beli satu brg ni harga ribu.. .kekza kumpul duit sb nk beli brg tu..sob sob sob . cuma kakza nk pesan.. berniaga lah dgn jujur.. tolong jujur. duit tu nk masuk perut tau jadi darah daging. mcm mana kita nk jawab dgn Allah nanti kt akhirat esk kita di soal tau ?. . akhirat itu benar saudara.. .janji Allah itu benar . . . sedih hati kita wak . . cuma di hari nuzul quran ni kak za doa Allah bantu kak azza . #hasbunallahwanikmalwakil . . La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zholimin. . . doa org yg teraniya tiada hijab . kenapa akak kena tulis kt sini sebab . . Dalam Surah an-Nisaa’, ayat 148 yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” . . robbul aalaamiin

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzazawari) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Main Lawan-Lawan Cat Sambil Uji IQ, Ini 4 Tarikan Menarik Di Bomb Battle Cawangan Terbesar Malaysia

gempak
27/01/2024
10:00 MYT
Syoknya!
Laman Utama

“Abah Macam Tidur Je, Penat Ya…”- Bapa Azza Elite Meninggal Dunia

gempak
01/08/2022
04:25 MYT
Bapa Azza Elite Meninggal Dunia
Laman Utama

5 Tahun Menduda, Adam AF Tak Serik Berkahwin Lagi - "Ada Yang Saya Berkenan, Dia Pula Tak Mahu"

gempak
17/11/2021
08:49 MYT
Moga ada jodoh terbaik buat Adam!
Laman Utama

“Orang Kata Kak Long Muka-Muka Tak Sesuai Dangdut” – Amelina Rindu Nak Buat Persembahan

gempak
22/10/2021
07:32 MYT
Rindu pula nak tengok Kak Long perform!
Highlights

TRAUMA Hidup Kumpulan Elite – Semuanya Pernah Lalui Ujian Penceraian dan Kehilangan Anak. Sungguh Cekal!

gempak
25/06/2021
01:13 MYT
Kata mereka, lagu Trauma bagaikan sumpahan dalam kehidupan Abby, Azza, Linda dan Watie. Jangan lupa tonton Rumah No 107 jam 9 malam ini di Astro Warna untuk dengar sendiri luahan hati mereka yang sarat ‘kesakitan’ dan kini dilepaskan perlahan...