,
Berita

Duit Raya RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah!

Gempak
01/04/2024
02:40 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.

BERITA TRENDING: Penjawat Awam Wanita Negeri Sembilan Boleh Balik Seawal 2PM Setiap Jumaat Sepanjang Ramadan

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
"Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
"Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024," katanya.

BERITA TRENDING: Tambang Bas Ekspres Ekonomi Naik 10%

Rayu insentif kerajaan

Pada 15 Mac lalu di Ipoh, Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat mengulangi gesaan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.

BERITA TRENDING: "Cadangan Mansuh Pencen Turut Terpakai Kepada Ahli Politik" - PM Anwar

Adnan berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan itu sebagaimana dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu.
Insentif itu katanya, bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah melegakan kelompok peniaga.
"Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang 'purchasing power'.
"Sekurang-kurangnya dengan ada bantuan khas Aidilfitri, bukan sahaja penjawat awam (terima manfaat), tetapi untuk peniaga di bazar Aidilfitri yang memerlukan pembeli yang mampu membeli barangan mereka.
"Jika kami tidak ada kelebihan, maka kami tidak mampu membeli (dan mewujudkan) pusingan ekonomi kepada peniaga," katanya.

23 Februari penjawat awam dapat RM2,000

Semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak sebelum ini sudah menerima bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 yang disalurkan pada 23 Februari ini.
Semalam, kerajaan Pahang mengumumkan khabar gembira kepada kira-kira 8,000 penjawat awamnya apabila bersetuju memberikan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM1,000.
Kerajaan Johor pula mengumumkan bantuan khas Aidilfitri setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 kepada penjawat awamnya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau memahami kesukaran yang dihadapi penjawat awam walaupun sudah menerima bayaran insentif awal RM2,000 sebelum ini.
"Jadi apabila jumpa penjawat awam, ada penjawat awam yang cakap kita faham Datuk Seri, tapi ada yang juga cakap dah habis belanja Datuk Seri.
"Perdana Menteri pun tak ambil gaji lagi, tapi masalahnya benar, persekolahan, kos sara hidup meningkat sedikit, jadi saya minta saudara doalah supaya politiknya stabil, dasar ekonomi jelas, pelaburan jelas, pelaburan asing bertambah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrap Sejak 2021 Hingga Tahun Ini

gempak
09/09/2024
08:46 MYT
Jabatan Insolvensi mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh hampir empat tahun ini membabitkan penjawat awam.
Viral

Gadis 19 Tahun Antara 36 Individu Dicekup, Sindiket Persundalan Swinger Tumpas!

gempak
01/09/2024
02:19 MYT
Sebuah sindiket pelacuran yang menyediakan kegiatan seks bebas secara berkumpulan buat 147,000 pelanggan berjaya ditumpaskan pihak polis baru-baru ini dengan penahanan 36 individu, termasuk penjawat awam.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjut Sebulan

gempak
26/08/2024
10:25 MYT
Ahli keluarga mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, menerima lanjutan visa Pas Lawatan Sosial (PLS), bermula Isnin.
Gaya Hidup

Pelarasan Gaji Penjawat Awam: Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

gempak
16/08/2024
16:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam hari ini, yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara.