Berita

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah, Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

gempak
Awani
23/12/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Dua Sahabat Makan Ikan Mentah, Minum Air Laut Sepanjang Hanyut
Terpaksa makan ikan mentah dan minum air laut antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan dua sahabat, Muhammad Ikmal Hakimi Ismail dan Nor Hasrul Abdullah, yang hanyut di laut selama enam hari.
Berkongsi pengalaman, Muhammad Ikmal Hakimi, 22 tahun, berkata, mereka berdua seperti 'mati hidup semula' apabila akhirnya diselamatkan nelayan di Acheh, Indonesia.
Katanya, sepanjang hanyut selepas bot mereka dipukul ombak besar di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang itu, mereka hanya berdoa dan bertawakal mengharapkan bantuan tiba.
Sepanjang menunggu bantuan, akibat bekalan makanan habis, mereka berdua berpuasa selama dua hari sebelum mula makan ikan termenung dan cencaru mentah untuk lapik perut pada hari keempat.
"Hari ketiga boleh nampak lagi Bukit Teluk Bahang. Hari keempat, sudah tak nampak apa-apa. Hari kelima baru nampak banyak kapal kargo.

"Terasa seperti mati hidup semula. Tawakal, tetapi dalam hati kata, kita akan matilah kali ini. Kalau kita tak mati, kita hanyut ke darat.

"Kami tidak ada makanan, kami makan ikan yang kami tangkap, makan ikan mentah. Ini pengalaman kali pertama bagi saya," kata Muhammad Ikmal Hakimi.
Sementara itu, ibu bapa mangsa bersyukur dan gembira apabila anak mereka sudah kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.
Bapanya, Ismail Ibrahim mengucapkan kesyukuran dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu termasuk yang membuat solat hajat mendoakan keselamatan Muhammad Ikmal Hakimi dan Nor Hasrul, 25 tahun.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mengambil mangsa di perairan Acheh dan tiba di perairan negara jam 3 pagi tadi.
Ditemui di Jeti Limbungan, Batu Maung, hari ini, beliau menasihatkan semua nelayan agar turun ke laut dengan persediaan rapi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diigini.
"Kedua-dua mangsa dalam keadaan selamat dan dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan.

"Saya ingin nasihatkan semua nelayan yang turun untuk tangkap ikan, pastikan bot mempunyai kelengkapan seperti enjin dan sistem berada dalam keadaan baik.

"Sekiranya terjadi apa-apa, beri maklumat kepada pihak berkuasa dan persatuan nelayan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kehilangan dua lelaki berkenaan selepas bot yang dinaiki mereka hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, kira-kira jam 11.30 malam Isnin lepas.

BERITA TRENDING: Muhammad Yassir Hayyan, Syasya Rizal Selamat Bersalin Anak Sulung

BERITA TRENDING: “Niat Kami Bukan Untuk Memalukan” - Datuk Syafinaz Selamat Jelaskan Tugas Juri Menilai & Beri Input

BERITA TRENDING: Kes Kematian Kucing Di UM: Shima Aris Dedah Laporan Post Mortem - “Tiada Kesan Gigitan, Kesan Luka Objek Tajam..”

BERITA TRENDING: Dikecam Netizen, Noraniza Idris Tetap Anggap Konsert Qalam Sebagai Satu Kejayaan - “Kalau Esok Saya Belasungkawa Ada Juga Satu…”

Selepas tidak menemukan sebarang petunjuk, operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari kelima pada Sabtu dihentikan.
Bagaimanapun kedua-duanya ditemui selamat oleh nelayan Acheh di Perairan Indonesia pada Ahad.
SUMBER: ASTRO AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024