,
Berita

Dua Remaja Ini Antara Jemaah Haji Termuda Dari Pahang

Gempak
30/04/2024
12:55 MYT
Dua remaja berusia 16 tahun antara 1,588 jemaah haji termuda yang terpilih menjadi tetamu ALLAH sempena musim Haji Tahun 1445H/2024M.
Remaja terbabit, Irfan Hamdani Mohd Noh dan Muhammad Ilham Abdullah masing-masing menerima tawaran itu berkat kesedaran ibu bapa mereka yang mendaftarkan nama anak sejak kecil.

Ibadah haji bersama ibu, bapa

Lebih mengujakan buat Irfan Hamdani apabila dia berpeluang mengerjakan ibadah haji bersama-sama ibu bapanya, Mohd Noh Abidin, 52 dan Norlela Samat serta ibu saudaranya pada 12 Mei depan.
Begitu juga dengan, Muhammah Ilham yang berpeluang melaksanakan rukun Islam kelima itu dengan ayahnya, Shaharudin Mohd Amin dan ibunya, Haniza omar yang masing-masing berusia 52 tahun itu.
Irfan Hamdani menzahirkan rasa gembira kerana diizinkan ALLAH untuk menjalankan ibadah bersama keluarga pada usia muda.
"Rasa gembira sebab dapat pergi ke Makkah, siapa tidak teruja dapat pergi ke sana. (Sebelum) ini, saya pernah pergi umrah pada tahun 2019, jadi sudah tahu cara hendak tawaf, saie dan selebihnya saya belajar melalui kursus haji," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji dan Penyampaian Barakah Haji Pahang 2024 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dekat sini pada Ahad.
Dia yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman, Bentong memaklumkan, guru dan rakan sekolah turut meminta mendoakan agar mereka juga berpeluang untuk menjadi tetamu Allah.
Menurutnya, perkara yang dia tidak dapat dilupakan apabila ada segelintir rakan sekolahnya sudah memanggil gelaran 'Haji'.
"Ada yang dah panggil saya 'Haji', tapi saya belum lagi ke sana. (Mereka) minta doakan untuk mereka juga," katanya yang merupakan anak tunggal.

Teruja

Sementara itu, Muhammah Ilham yang bersekolah SMK Bukit Mendi, Triang, Bera turut meluahkan rasa teruja kerana terpilih mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
"Alhamdulillah, bersyukur kerana dapat menjadi tetamu ALLAH tahun ini bersama keluarga serta jemaah haji yang lain, " katanya ringkas.
Sebelum itu, mereka antara 1,588 jemaah haji yang menerima 'duit poket' sebanyak RM750 seorang daripada kerajaan Pahang melalui Barakah Haji Pahang sebagai bantuan untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu tahun ini.
Sumber: Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN: "Perasaan Pertama Kali Lihat Kaabah... Sebak, Sedih, Seronok Semua Ada" - Baru Umur 21, Aishah & Ean Sudah Bergelar Mutawwif

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Wajar Boikot Haji Dan Umrah Hanya Kerana Arab Saudi Ingin Normalisasi Dengan Israel

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Berita

Tiga Negeri Ini Berjaya Catat Calon Paling Ramai Raih Keputusan STPM Cemerlang

gempak
24/07/2024
04:55 MYT
Negeri Johor, Sabah dan Pahang mencatatkan jumlah calon paling ramai memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
Viral

Didakwa Tiru Logo Elephant Army, Kieda Crepe Akui Kesilapan, Pulangkan Semula Duit Pembeli - “Aku Tak Pernah Berniaga Curi..”

gempak
23/07/2024
08:55 MYT
Pempengaruh Kieda Crepe tampil bersuara selepas kecoh isu plagiat rekaan logo kelab Ultras Pahang yang membabitkan perniagaan baju merchandisenya.
Viral

"Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

gempak
21/07/2024
01:50 MYT
Abang kepada mangsa bunuh Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi Abdullah tampil mengemaskini perkembangan terbaharunya menziarah pusara adiknya di Tanah Perkuburan Kampung Nyuir Manis, Pekan, Pahang pada Sabtu.
Viral

12 Perompak Serang Pekebun Di Raub, Curi Durian Musang King Bernilai RM3,000!

gempak
18/07/2024
05:20 MYT
Sekumpulan perompak bertindak agresif dengan memecah masuk sebuah kebun di Raub, Pahang dan mencuri sejumlah durian jenis Musang King bernilai RM3,000.