TERKINI
Dua Lipa ‘Say Yes To’ Callum Turner, Cincin Direka Khas Oleh Adik, Teman Rapat - “Seronok Rasanya Bila…”
Penyanyi antarabangsa, Dua Lipa mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan bersama aktor, Callum Turner.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Training Season itu menerusi satu temu bual eksklusif bersama British Vougue.
“Ya kami sudah bertunang, ia sangat menggembirakan. Keputusan untuk menua bersama, melihat masa depan dan menjadi sahabat selamanya merupakan satu perasaan yang sangat istimewa,” katanya.
Pasangan ini telah menjalinkan hubungan selama hampir setahun setengah, dan mula menimbulkan spekulasi pertunangan sekitar sambutan Krismas tahun lalu apabila Dua memuat naik gambar dirinya memakai cincin di jari manis.
Menurut penyanyi berdarah Albania itu, Callum Turner telah mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan baik dan adik perempuannya untuk mereka bentuk cincin pertunangan khas yang mencerminkan dirinya.
“Cincin itu sangat mengambarkan saya. Seronok rasanya bila tahu orang yang akan kita habiskan hidup bersama benar-benar mengenali diri kita,” katanya lagi.
Walaupun telah bertunang, belum ada tarikh perkahwinan yang ditetapkan buat masa ini.
Dua berkata dia mahu memberi tumpuan terlebih dahulu kepada jelajah dunia yang sedang berlangsung dan dijangka berakhir di Mexico pada bulan Disember manakala Turner pula komited dengan projek lakonannya.
Must-Watch Video