BERITA
Dua Kawasan Di Klang Dan Kajang Dilanda Banjir Kilat
Dua kejadian banjir kilat dilaporkan berlaku serentak awal pagi tadi membabitkan kawasan di Taman Sri Jaya Klang dan Kampung Sungai Merab Luar, Kajang.
Seramai 23 mangsa berjaya diselamatkan dalam operasi Jabatan Bomba Malaysia dan Penyelamat (JBPM).
Menerusi kenyataan JPBM, banjir yang berlaku di Klang melibatkan 10 buah rumah terdiri daripada lapan mangsa yang dipindahkan oleh anggota BBP Kapar dengan bantuan BBP Sri Andalas.
Sementara itu di Kajang, banjir setinggi empat kaki mebabitkan 12 buah rumah dengan 15 mangsa yang berjaya diselamatkan oleh BBP Dengkil.
Kedua-dua operasi tu berjalan dengan lancar dengan pemantauan komander operasi.
Turut dilaporkan keadaan air semakin surut.
Sumber: RTM
Must-Watch Video