Dua Juta Kenderaan Dijangka Masuk Kelantan Sempena Aidilfitri
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menganggarkan dua juta kenderaan memasuki Kelantan sempena Aidilfitri.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata kemasukan itu membabitkan tiga laluan masuk ke Kelantan iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.
Katanya, trafik dijangka sesak di semua laluan bermula 28 Mac memandangkan kebanyakannya sudah bercuti.
"Untuk Aidilfitri kali ini, kita menjangkakan dua juta kenderaan perantau memasuki Kelantan tidak lama lagi.
"Trend kemasukan kenderaan dalam jumlah besar ke Kelantan ini situasi biasa setiap kali menjelang Aidilfitri.
"Kita jangka bermula Jumaat pada 28 Mac, trafik akan mula sesak di semua laluan masuk ke Kelantan.
Pada masa sama, katanya, seramai 187 pegawai dan anggota penguat kuasa akan ditempatkan di lokasi khusus bagi memantau keadaan trafik menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri.
Sumber: Berita Harian