gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bella Astillah Bahagia Dengan Syed Saddiq - ”Dia Seorang Lelaki…”
HIBURAN
Datin Shahida Bagi ‘Hint’ Untuk Bakal Menantu - “Kalau Nak Jadi Isteri Dia, Awak Kena Pandai Masak..."
HIBURAN
Pelakon ‘Fantastic Four’, Julian McMahon Meninggal Dunia Akibat Kanser
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

DSV Terjah Rumah Iqbal Bagi Cincin Pukul 3 Pagi - "Terkejut Saya Keluar Tak Pakai Baju Tak Pakai Seluar"

Amri Hassan
Amri Hassan
16/10/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
DSV Terjah Rumah Iqbal Bagi Cincin Pukul 3 Pagi - "Terkejut Saya Keluar Tak Pakai Baju Tak Pakai Seluar"
Usahawan dan bakal penyanyi, Iqbal Zulkefli terkejut dengan kedatangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida ke kediamannya seawal pukul 3 pagi pada Sabtu.
Jelas Iqbal, tindakan Vida seakan-akan menceroboh kawasannya itu tanpa dirancang biarpun telah merahsiakan alamat kediamannya daripada pengetahuan sesiapa sebelum ini.
"3 pagi, terkejut. Mana dapat alamat ni. Aduh, tak faham betullah. Tanpa bagitahu pun mahu datang. Terkejut saya keluar tak pakai baju tak pakai seluar. Tadi nasib baik gelap," kata Iqbal dalam sepotong video yang dimuat naik di media sosialnya.
Dalam video berkenaa, Vida memegang sebentuk cincin permata jenis tanzanite biru sambil memakainya di hadapan Iqbal.
Kata Vida; "Nak cakap apa, I nak datang meminang?"
Selain Vida, sesi pertemuan itu turut ditemani anak terunanya, Kacak yang muncul bersama kereta pemandu peribadi mereka.
Tegas Iqbal, dia tidak berupaya memberikan layanan baik kepada tetamunya yang muncul secara mengejut dan akan memulangkan semula cincin yang telah dihadiahkan kepadanya itu.
"Kedatangan Datuk Seri Vida di rumah saya jam 3 pagi tadi tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada bulan September. Saya keluar tanpa pakaian penuh kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah. Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa.
"Saya layan sahaja dengan emosi yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali. Saya sebenarnya penat begini," tulis Iqbal.
Dalam hantaran sama, Iqbal turut menghubungi pengawal keselamatan mempertikaikan kebenaran untuk kenderaan milik Vida memasuki kawasan rumahnya pada lewat malam.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
#Viral
#Kontroversi
#Datuk Seri Vida
#Cincin
#DSV
#Vida
#Usahawan
#Ceroboh
#Iqbal Zulkefli
#Tanzanite
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement