gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Penangan Nostalgia Keluang Man, Lebih 7,000 Orang Enjoi Di Acara Fun Run Superhero Original Pertama Malaysia
HIBURAN
“Takkanlah Mama Saya Nak Racun Anak Sendiri” – Selesai Berpantang, Atikah Suhaime Berang Ditegur Makan Ikan Pari
HIBURAN
Hael Husaini Usap Dagu Dayang Nurfaizah Sebab…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Drama ‘Dia Imamku’ Mula Malam Ini! Karya Terbaik Siti Rosmizah Kembali Di Slot Megadrama

gempak
Amri Hassan
16/02/2025
18:03 MYT
Sponsor Banner
Drama ‘Dia Imamku’ Mula Malam Ini! Karya Terbaik Siti Rosmizah Kembali Di Slot Megadrama
Ego dan cinta – dua dunia berbeza yang sering bertembung. Namun, hanya keikhlasan dan pengorbanan mampu meleburkan hati yang keras.
Selepas kejayaan Takdir Itu Milik Aku dan Andai Itu Takdirnya, Siti Rosmizah kembali dengan satu lagi karya hebat, Dia Imamku – sebuah drama yang menjanjikan kisah penuh emosi dan konflik, sesuai untuk ditonton sepanjang Ramadan ini.
Menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha sebagai teraju utama, drama ini akan disiarkan di slot Megadrama, jam 10 malam di Astro Ria, bermula malam ini.

Cinta & Ego Bertembung

Drama 52 episod ini mengisahkan Cempaka Humairah (Siti Saleha), seorang wanita jelita yang terpaksa menjalinkan hubungan dengan Budin (Kamal Adli), seorang pemandu.
Walaupun diherdik dan diuji emosi setiap hari, takdir tetap menemukan cinta antara mereka.
Perjalanan kisah mereka dipenuhi dengan konflik ego, perasaan dan kesabaran, menjadikan Dia Imamku bukan sekadar kisah cinta biasa, tetapi satu perjalanan emosi yang bakal meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Sarat Emosi

Dia Imamku bakal membawa penonton menghayati setiap watak dengan lebih mendalam, di mana kesabaran mengalahkan keegoan dan cinta hadir tanpa diduga.
Jangan terlepas menyaksikan Dia Imamku, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan strim eksklusif di Astro One & #sooka.
Topic Berkaitan
#Viral
#Kamal Adli
#Siti Saleha
#Drama
#Siti Rosmizah
#Megadrama
#Dia Imamku
Must-Watch Video