,
Laman Utama

Drama ‘Budak Hostel Otaknya Sewel’ Pertaruhan Pertama Tuah Adzmi Dalam Dunia Lakonan - “Seminggu Pertama, Saya Takut & Menggigil Ketika…”

Asyikin Mayudin
15/07/2023
08:50 MYT
Pertama kali menjejak kaki dalam dunia lakonan, penyanyi Tuah Adzmi mengakui ia satu keputusan yang amat besar dalam kehidupannya.
Tiada asas tentang lakonan, Tuah memberitahu dia tidak menjangka akan menerima tawaran watak utama dalam drama siri Budak Hostel Otaknya Sewel.
“Bila dapat tawaran berlakon ini pun adalah sesuatu yang besar dalam hidup saya. Keputusan saya untuk ceburi bidang lakonan ini pun amat besar bagi saya.
“Sebab sebelum ini, saya tak pernah ada apa-apa asas tentang lakonan. Sebenarnya, saya tak tahu yang saya dapat watak hero dalam drama ini. Masa saya datang uji bakat, saya hanya pergi.
“Pihak Radiuse One hubungi pengurus saya untuk minta saya datang uji bakat. Jadi, saya tak jangka akan dapat watak hero sebab saya tak ada pengalaman,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Tuah juga mendedahkan pada minggu pertama penggambaran drama itu, dia berasa takut sehingga menggigil kerana memikirkan hanya dirinya sahaja tidak mempunyai asas lakonan.
“Bila dapat tawaran hero itu, saya akan terkejut sebab tanggungjawab itu akan besar bagi saya. Sebenarnya untuk seminggu pertama, saya agak takut dan menggigil juga ketika sedang shooting.
“Sebab saya tak tahu apa-apa, berbeza dengan orang lain yang dah pernah berlakon. Mula-mula, memang saya banyak kena belajar. Tapi Alhamdulillah, bila dekat set ramai yang membantu seperti abang Azhan dan Sharnaaz.
“Kawan-kawan dekat set pun bantu, walaupun mereka masih baru tapi banyak pengalaman berlakon juga. Pengarah pun banyak bantu, bila saya buat silap pun dia tegur cara baik,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tuah Adzmi Ingin Kembali Bekerja Sebagai Pembantu Stor Di Kilang Al-Quran Jika…
ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit, Pedih, Seperti Luka Dicurah Cuka” - Eh Tuah Adzmi Makin Berlagak?
Drama 18 episod yang mula ditayangkan 31 Julai, setiap Rabu dan Khamis di Astro Ria turut dibintangi oleh Bai Haq Majid, Adam Eji, Izz Ilham, Azhan Rani,, Syarnaaz Ahmad, Amelia Christie, Zarul Iman dan Aya Amiruddin.
Sinopsis
Akhil telah dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya.
Dengan bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.
Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni. Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun tanpa mereka sedari, sesuatu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka Berjaya memasuki asrama perempuan itu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Penonton Puji Pemilihan Muka Baharu Dalam Drama Budak Hostel Otaknya Sewel

gempak
07/08/2023
11:50 MYT
Memang lawak guys!
Laman Utama

Ragam Pelajar & Guru Sekolah Diangkat Sebagai Subjek Utama Dalam Budak Hostel Otaknya Sewel

gempak
14/07/2023
12:50 MYT
Bermula 12 Julai 2023
Laman Utama

Tuah Adzmi Ingin Kembali Bekerja Sebagai Pembantu Stor Di Kilang Al-Quran Jika…

gempak
08/05/2022
07:50 MYT
Tuah ingin fokus pada kerjaya
Laman Utama

Tersingkir Big Stage 2022, Tuah ‘Belanja’ Lagu Jerat Percintaan Dari Siti Nurhaliza Dengan Isha

gempak
28/02/2022
11:19 MYT
Kalau tak tersingkir dapat lah dengar Tuah nyanyi
Big Stage S4

Nyanyian Lemau & Bosan? Tuah Adzmi Kecewa Tersingkir! - "Saya Faham Apa Tokti Sampaikan, Mungkin..."

gempak
27/02/2022
23:24 MYT
All the best Tuah!