,
Laman Utama

Dr Zul Perincikan Hukum Sertai Larian Maraton Anjuran Institusi Berasaskan Riba - “Kami Syorkan Agar…”

Izwan Isa
11/10/2023
15:50 MYT
Sejak kebelakangan ini, acara larian maraton dilihat begitu kerap diadakan, lebih-lebih lagi selepas tamatnya pandemik COVID-19. Dan tidak keterlaluan dikatakan larian ini mempunyai pengikut dan peminat tersendiri.
Namun, acara sebegini biasanya melibatkan penganjur yang datang daripada pelbagai latar belakang dan hal ini yang perlu dititik beratkan oleh umat Islam.
Menurut Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, individu beragama Islam tidak boleh menyertai acara maraton yang dianjurkan oleh institusi berasaskan riba kerana ia merupakan wasilah kepada perkara yang jelas pengharamannya.
Beliau berkata, individu itu berdosa jika masih berdegil dan enggan menjauhkan diri daripada mempromosikan syarikat berkenaan, meskipun tahu penaja menjalankan jual beli diharamkan syarak.
“Akan tetapi, sekiranya dia tidak cakna tentang senarai penaja atau tidak tahu bahawa syarikat itu menjalankan jual beli berunsurkan riba, maka kami berharap mereka ini diberikan keampunan oleh Allah SWT.
“Kami mengesyorkan agar pihak yang terbabit dalam penganjuran, perlulah cakna dan prihatin akan sensitiviti umat Islam sekiranya ingin menganjurkan sebarang program.
“Pastikan penganjuran tersebut selamat daripada unsur membawa kepada tipu daya, riba dan sebagainya," kata beliau dalam blognya.
Mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu menjawab persoalan mengenai hukum menyertai acara maraton yang dianjurkan oleh institusi berasaskan riba.
Tambah beliau, kegiatan mempromosi termasuk segala bentuk usaha dan kegiatan boleh menggalakkan masyarakat atau mempertingkatkan jumlah pelanggan yang akan menggunakan perkhidmatan disediakan syarikat berkenaan.
“Mereka boleh dianggap tolong-menolong atau bekerjasama dalam perkara kemungkaran sama ada secara langsung atau tidak.
“Berdasarkan pemerhatian kami, laman rasmi acara tersebut secara jelas menyebutkan setiap institusi dan syarikat yang bekerjasama serta menyumbang bagi menjayakan larian jarak jauh ini,” katanya.
BACA: "Anak Bekas Menteri Terima Biasiswa Di Bawah Asnaf Fisabilillah" - MAIWP​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 200KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

gempak
01/07/2024
06:19 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.
Laman Utama

Pelari Digantung 12 Bulan Penyertaan Sebab Tipu Maraton Naik Kereta

gempak
16/11/2023
13:45 MYT
Joasia Zakrzewki, 47, telah digantung selama setahun daripada menyertai sebarang pertandingan maraton oleh persatuan UK Athletics.
Laman Utama

"Anak Bekas Menteri Terima Biasiswa Di Bawah Asnaf Fisabilillah" - MAIWP

gempak
24/09/2023
09:20 MYT
Pemberian biasiswa kepada anak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berasaskan takrifan asnaf fisabilillah.
Laman Utama

Maraton 42.2KM Berbaju Melayu Bulan Bintang, Pelari Terkenal Edan Syah Lakar Guiness Book of Record Di London!

gempak
25/04/2023
03:53 MYT
Tahniah Edan Syah!
Laman Utama

Pindah Organ Khinzir Ke Badan Manusia, Dr. Zul Jawab Kekeliruan Netizen - "Bahan Najis Boleh Digunakan Jika ..."

gempak
25/10/2021
13:25 MYT
Ramai confuse...