,
Laman Utama

Dr Sheikh Muszaphar Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Ketujuh, Comelnya Bila Anak-Anak Pula Mahu Pilih Nama Untuk Adik

Mya Amri
13/07/2023
02:32 MYT
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Dr Halina Mohd Yunos selamat menimang cahaya mata ketujuh.
Berita gembira itu dikongsi beliau menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Sheikh Muszaphar, bayi lelaki dan isterinya berada dalam keadaan sihat.
“Dilahirkan pada 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, mommy dan baby berada dalam keadaan sihat dan menyusu badan.
“Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih kepada anda semua yang memberikan doa,” maklumnya.
Dalam pada itu, Sheikh Muszaphar juga telah memilih nama untuk anak ketujuhnya iaitu Sheikh Muhammad namun anak-anaknya memohon untuk adik mereka memiliki nama lain.
“Sheikh Muhammad, nama yang dipilih. Demi cinta Nabi kita yang terakhir. Tetapi anak-anak mahukan nama lain.
“Noah mahukan Ibrahim, Tasha mahukan Isaac, Adam nak Adam Junior. Eusoff dan Emelia baik dengan mana-mana nama.
“Hanya Bella yang bersetuju dengan nama itu. Masing-masing dengan pemikiran yang berbeza. Buat masa ini panggil dia little Sheikh,” tulisnya.
Terdahulu, Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, pasangan romantik ini dikurniakan enam anak iaitu Sophea Isabella, 10, Sophea Natasha, 8, kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia yang dilahirkan pada November 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

gempak
29/08/2024
02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.
Viral

Dah Ada 44 Orang Anak, Wanita Ini Disarankan Terus Bersalin Lagi Jika Tidak ...

gempak
18/08/2024
14:55 MYT
Mariam, wanita berasal dari Uganda yang kini sedang mencuri perhatian warganet seluruh dunia.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Hiburan

Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Anak

gempak
02/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi Syahrini sedang berbahagia memegang status ibu selepas selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan Reino Barrack.