,
Hiburan

Dr Say Maklum Anak Kedua Masih Trauma Selepas Insiden Maid Bawa Lelaki Warga Asing Masuk Rumah -  “Bila Sebut CCTV, Dia...”

Khairil Khusyairi
15/08/2024
02:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril memaklumkan pembantu rumah warga Indonesia yang kantoi membawa lelaki asing ke dalam rumahnya tempoh hari telah diusir dan tidak lagi berkerja bersamanya.
Bercakap kepada Gempak, Dr Say memaklumkan dia masih mengekalkan pembantu rumah asal Filipina kerana merasakan pembantu tersebut sangat ikhlas bekerja.
“Maid Indonesia telah diusir dan kini tinggal maid Filipina saja. Dan kenapa saya kekalkan dia sebab saya ambil dia pada bulan April lalu dan saya perasan sebelum maid Indonesia datang dia masih baik.
“Saya lihat dia ikhlas bekerja dan apa yang terjadi tempoh hari dia ada minta maaf tetapi saya faham perasaan itu sebab dia rasa tersepit.
“Saya ingat maid Indonesia dan Filipina takkan bergaduh kerana batas bahasa, tapi agak banyak pertelingkahan berlaku. Tapi disebabkan enggan kontroversi, dia layankan saja,” ujanya.
Dr Say ditemui pada pelancaran produk Sun Spectrum + oleh Avenys di Astana Bamboo Hills pada Rabu.
Dalam pada itu, Dr Say turut memaklumkan isterinya, Dr Azura sudah mula berasa skeptikal terhadap pembantu rumah asal Indonesia.
Namun, Dr Say berkata mereka tidak serik untuk mempunyai pembantu rumah.
“Maid Filipina tersebut baru 4 bulan kontrak, jadi boleh tukar dengan yang lain tetapi isteri saya sudah sedikit skeptikal dengan maid Indonesia.
“Kami tak serik ada maid sebab kami perlukan ia, saya tak tentu bekerja,” jelasnya lagi.
Ditanya apakah trauma atau tidak dengan kejadian tersebut, ini jawapan bapa kepada tiga cahaya mata itu.
“Kalau nak kata trauma itu dari skala 1 hingga 10, saya hanya rasa 5 saja.
“Nak kata trauma sangat tidak, dan tak trauma sangat pun tak juga sebab maid itu memang ikhlas bekerja sepanjang bersama kami.
“Saya ada dengar juga dia dibayar (pelacuran), lelaki-lelaki tersebut membayar kepada dia,” kongsinya.
Susulan itu, Dr Say turut memaklumkan anak keduanya agak trauma selepas kejadian tersebut berlaku dengan berasa takut dan menangis.
“Anak pertama dia tidak tahu apa sangat tetapi anak kedua saya pada mulanya agak trauma dia tanya ‘Mana kakak S?’ dan ‘Oh Kakak S dengan bad guy inside the room’.
“Selepas pada kejadian itu, dia tak cakap apa-apa, dia takut, saya hanya suruh senyap, kalau kami keluar dan ternampak warga Bangladesh pun dia tunjuk dan kata ‘Bad guy’.
“Di sekolah juga bila sebut fasal CCTV dia takut, menangis. Saya tak sangka sampai sebegitu. Ia perlukan masa untuk tenangkan dia,” tutupnya.
Terdahulu Dr Saya mendedah dua orang pembantu rumahnya kantoi membawa lelaki asing warga Bangladesh ke dalam rumah sehingga terpaksa menghubungi pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say Menggigil Tahan Marah! Maid Senyap-Senyap Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah - “Baby Zeq Tengah Tidur, Boleh Dia Buat Projek”

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Persoal Kenapa Beri Maid Pakai Handphone, Dr Say Perjelas Ada Polisi Berbeza - “Bila Dah Mula Kerja…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar