,
Viral

Dr Raihana Pernah Tanggung Hutang RM500,000, Gadai Barang Kemas & Hampir Muflis - "Saya Memang Hampa, Kecewa..."

Amri Hassan
14/08/2024
14:46 MYT
Nama Dr Raihana Ismail yang merupakan Pengasas syarikat Efferty International Sdn. Bhd. (Efferty) tidak asing lagi terutama dalam kalangan pasangan suami isteri yang sedang berusaha menimang cahaya mata.
Namun, siapa pernah terlintas di fikiran, rupanya Dr Raihana menghidap disleksia ketika usianya enam tahun.

Hidap disleksia

Kongsi Dr Raihana, dalam lima orang adik beradik, dirinya paling lembab (slow learner) dalam pelajaran.
“Sebenarnya ada sebab kenapa saya selalu duduk di depan (dalam kelas Richworks). Sebab masa kecil, saya adalah slow learner.
“Waktu itu saya ada masalah disleksia. Antara adik beradik, saya yang bangga bila orang tanya dapat nombor berapa dalam kelas.
“Saya cakap dapat nombor 28 sebab nombor itu banyak. Bukan bermaksud saya bangga sebab tak berjaya. Cuma saya tak faham lagi pada ketika itu.
“Apa yang ibu bapa saya terapkan adalah menyuruh saya duduk paling depan ketika dalam kelas.
“Ibu bapa saya seorang cikgu. Kakak-kakak saya semua pandai. Saya masuk darjah tiga baru pandai mengira. Kemudian berjaya dalam UPSR. Berkat duduk depan.
“Abah saya adalah cikgu disiplin jadi dia latih saya untuk sentiasa menepati masa. Dulu, saya pernah bercita-cita nak jadi artis. Saya nak menyanyi dan berlakon.
“Tapi apabila tengok kakak-kakak jadi doktor, terus berubah fikiran sebab mak mesti lagi bangga (jadi doktor). Budaya (culture) dalam keluarga sendiri yang mengubah diri saya,” ujarnya.

BERITA TRENDING: "Hidup Daif, Mak Saya Sanggup Makan Kerak Nasi, Sedap Katanya" - Hana Shahadan Imbas Memori Arwah Ibu, Susah Payah Sebelum Berjaya!

Dr Raihana berkongsi liku-liku kehidupan menerusi sesi Podcast Apa Cerita? yang dikendali oleh Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin.
Mengimbas kembali perjalanan sebelum Efferty ditubuhkan, Dr Raihana memulakan kerjaya profesional sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dari 2010 hingga 2012.
Kemudian, melangkah ke Hospital Hulu Terengganu dari tahun 2012 hingga 2014 sebagai Ketua Ward Obstetrik dan Ginekologi.
Pada tahun 2015, Dr Raihana memegang peranan baru sebagai Pakar Am dan Pengarah dengan menubuhkan Klinik Raihana di Dungun, Terengganu melalui tajaan daripada Mara.

Tanggung rugi RM500,000

Namun, klinik tersebut hanya bertahan selama empat tahun sehingga tahun 2019 kerana Dr Raihana akui ketika itu dia tiada ilmu dalam perniagaan dan keusahawanan.
Dedah anak ketiga ini, dia terpaksa menanggung kerugiaan sebanyak RM500,000 selain hampir diisytiharkan muflis pada akhir tahun 2018.
“Bila saya dah buka klinik, saya minta suami berhenti kerja untuk menjaga anak.
“Cabaran saya ketika itu adalah saya sebagai doktor dan dalam masa sama, saya juga yang menguruskan klinik. Ilmu perniagaan saya memang tiada. Leadership pun tiada.
“Saya berhutang waktu itu mencecah RM500,000. Perasaan saya memang kecewa dan hampa.
“Suami bantu cari jalan untuk menyelesaikan (hutang), dia pinjam duit dengan kawan-kawan. Namun, masih belum boleh tampung kerugian.
“Akhirnya, saya nekad untuk menutup klinik sulung dan menjual dengan harga RM250,000,” ceritanya.
Tidak terus berputus asa, anak kelahiran Muar, Johor ini mula mempelajari ilmu perniagaan dan keusahawanan anjuran Richworks International Sdn. Bhd. (Richworks).

BERITA TRENDING: Kemelut Sudah Berakhir, Ada Sebab Liana Beep Beep Jadi ‘Over’ & Syedot Asmr Pula Dah Serik ‘Join’ Podcast

BERITA TRENDING: “Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

BERITA TRENDING: Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"

Gadai barang kemas

Kata Raihana, dari Richworks, dia mula belajar memahami tentang diri sendiri, membetulkan misi, hala tuju dan impian yang ingin digapai.
“Suami hantar saya ke kelas untuk mencari ilmu. Masa itu kami tak ada duit, yuran kelas mahal. Jadi, saya terpaksa menggadai barangan kemas.
“Selepas itu, saya minta maaf kepada semua ahli keluarga termasuk ibu bapa dan suami kerana selalu tidak dengar cakap.
“Saya tak boleh ingat masa itu, that's my turning point. Bila kita lebih merendah diri, rezeki Allah lagi masuk. Sebab apa yang sepatutnya kita kejar adalah akhirat.
“Ujian yang saya dapat sekarang sama macam turning point my life that time. Saya percaya ujian besar yang Allah bagi sekarang ini adalah rahmat yang besar. Saya terharu bila Allah pilih saya.
“Perjalanan hidup saya sangat best, macam novel Allah tulis. Kalau saya buat novel, mungkin boleh beri inspirasi kepada orang yang nak give up,” katanya dalam nada sebak.

Tiga kali gugur

Tambah wanita yang pernah tiga kali keguguran, dia juga mendidik diri untuk sentiasa bersedekah.
“Dulu sewaktu di klinik Raihana, sejujurnya saya tak bayar zakat. Saya tak tahu macam mana nak kira masa itu.
“Sekarang, saya selalu sedekah. Saya berpegang dengan kata-kata, 'sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.’
“Kalau dapat keuntungan, kena sedekah dan bayar zakat.
“Alhamdulillah, bulan pertama Efferty, kami mendapat hasil jualan sebanyak RM500,000,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Raihana, 39, menyatakan dia berhasrat untuk membuka sebuah madrasah di samping ingin membantu 1 juta pasangan suami isteri mendapatkan cahaya mata.
“Visi Efferty ini sebenarnya nak bawa kebahagiaan kepada kehidupan manusia lain. Kebahagiaan itu tak semestinya menimang cahaya mata saja.
“Contohnya, kalau bantu dia untuk mendapatkan kerja, itu sudah membawa kebahagiaan juga.
“Visi kami besar iaitu nak membina yayasan sendiri untuk pembinaan madrasah. Itu yang saya berdoa di depan Kaabah baru-baru ini.
“Saya kata, 'Ya Allah Ya Tuhanku, percepatkanlah perjuangan aku nak bantu 1 juta pasangan menimang cahaya mata dan percepatkanlah aku membuka madrasahmu.'
Perkongsian yang dibuat Dr Raihana menuai komen-komen positif daripada warganet yang kagum serta terinspirasi dengan kisah hidupnya.
“Dari gelak, tetiba saya menangis sama. Best episod ini. Semoga hajat Dr Raihana dikabul Allah, amin.
“Banyak benda baru yang menginspirasi dari episod ini. Dr Raihana sangat merendah diri walaupun begitu banyak ilmu.
“Love Dr Raihana, penerangan yang sangat jelas.”
Sumber: Youtube Apa Cerita?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar