,
Laman Utama

Dr Azizan Osman Yakin Jenama Siti Nurhaliza Boleh Ke Antarabangsa - "Saya Selalu Perhatikan Dari Jauh"

Amri Hassan
17/06/2022
07:59 MYT
Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman yakin dengan kemampuan jenama SimplySiti untuk dilonjakkan lebih jauh lagi.
Menurut Pengerusi RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) itu, jenama yang diasaskan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tersebut bukanlah jenama asing bagi kita.
"Tokti dan Datuk K mulakan perniagaan ini mungkin 14 tahun lalu.
"Saya selalu memerhatikan jenama ini dari jauh. Saya merasakan jenama SimplySiti ini sepatutnya telah berkembang menjadi satu jenama antarabangsa terutamanya dalam industri kecantikan dan kosmetik sesuai dengan kekuatan jenama Siti Nurhaliza di Asia sekurang-kurangnya," katanya dalam satu hantaran di akaun Instagram Azizan Osman Official pada Jumaat.
Terdahulu, Siti Nurhaliza secara rasmi menjadi anak didik RichWorks dibawah permentoran Titanium Premier - Partner (TPP) RichWorks pada Selasa lalu.
Tambah Azizan, peluang membimbing Asyraf Khalid dan isteri, Tya Arifin secara dekat sejak awal 2020 juga buatnya berpeluang untuk membantu kejayaan mereka bina jenama Mutyara Beauty yang kuat sebagai leader produk kesihatan untuk wanita berasaskan formula tradisi keluarga Tya.
"Peluang lebih mengenali keluarga AK (Panggilan saya kepada Asyraf) termasuk Datuk K dan TokTi beberapa bulan ini.
"Melalui beberapa komunikasi kami, saya percaya tentang kemampuan jenama SimplySiti untuk dilonjakkan lebih jauh lagi insyaAllah dan menjadi contoh kejayaan kepada usahawan-usahawan lain," jelasnya.
Menurut Azizan lagi, doakan usaha itu bukan sahaja dapat mengembangkan SimplySiti tetapi dapat membanggakan semua.
"Jenama Malaysia boleh dan mampu ke persada dunia insyaAllah! Saya juga percaya ramai lagi usahawan-usahawan kita yang boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi jika mereka mahu dibantu dan dbimbing.
"Jangan terus berniaga pada tahap yang sama, sampai bila?," soal Azizan lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Berita

“Siti Nearly Die Giving Birth To Aafiyah” - Tengku Ampuan Pahang

gempak
27/07/2024
05:38 MYT
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kisah sedih ketika penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah.