,
Laman Utama

Dr Azizan Hanya Jual Air Liur? Norman Hakim Kata Banyak Belajar Aspek Kehidupan & Kerohanian Diri!

Amri Hassan
08/06/2022
15:50 MYT
Pelakon kacak Norman Hakim menyifatkan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan seorang mentor bisnes yang terbukti telah melahirkan ramai usahawan berjaya.
Kata Norman, dia sendiri sebelum ini pernah mendapatkan latihan dan bimbingan dalam program yang dianjurkan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) sejak 2016 lagi.
"Saya mengikuti program RichWorks iaitu Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) yang mana mengajar banyak tentang aspek asas kehidupan malah soal kerohanian diri ini.
"Kemudian saya menyertai Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang mengajar tentang soal pemasaran dan penjenamaan sesebuah bisnes itu untuk berkembang," katanya mengulas segelintir orang yang mempersoalkan Dr Azizan dikaitkan dengan scammer dan hanya jual air liur.
Terdahulu Norman dalam akaun Instagram @normanhakim_786 menghantar komen dalam hantaran @azizanosman_official yang mana Dr Azizan telah mengajarnya hingga berjaya mencapai jualan sampai jutaan ringgit.
Tambah Norman, sebelum ini beliau menjalankan kolaborasi dengan pihak lain namun ketika awal 2020, beliau dan isteri mengasaskan bisnes mereka berdua dengan berbekalkan ilmu Dr Azizan yang ada sebelum ini.
"Saya suka kongsikan analogi 'fitness' yang menjadi passion saya dengan bisnes di mana saya mencari guru yang terbaik untuk mendapatkan 'rahsia' dapatkan badan yang diimpikan.
"Daripada ambil masa tiga ke enam bulan untuk alami perubahan dengan bimbingan guru, saya ketahui cara lebih pantas capai contohnya '8 packs' dalam 8 minggu saja walau apa yang orang makan," jelasnya lagi.
Begitulah seperti dalam bisnes, Norman memberitahu, usahawan yang komited pastinya mahukan guru yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang disasarkan termasuk membina bisnes berjaya.
"Kesimpulan yang saya boleh katakan, bila anda berguru barulah akan dapat hasil lebih cepat.
"Datuk Wira Dr Azizan Osman memang ada proven results," katanya.
Semalam, salah seorang anak murid Dr Azizan, Asyraf Khalid juga bangkit bersuara untuk memperjelaskan tentang mentornya yang mana telah berjaya ubah bukan saja kehidupan malah transformasi bisnes Mutyara Beauty yang dijalankan bersama isterinya, Tya Arifin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.